Friday, October 8, 2010

Ya Allah selamatkan dia....

Nazla masih membisu. Tubuhnya masih lemah. Namun peningnya sudah semakin kurang. Hanya kekadang sakitnya datang. Zairy adalah pelawat tetapnya. Kata-Kata Dr Alya masih terngiang di telinganya. Risiko pembedahan ini sangat tinggi. Kalau gagal dia mungkin akan lumpuh atau mungkin kehilangan penglihatannya. Mama dan abah kelihatan sugul biar di depan dia mereka berlagak tabah. Betapa hatinya sebenarnya takut. Namun kalau dia menolak pembedahan ini Mama dan Abah akan terus risau. Darah beku itu perlu dibuang segera.

Dugaan ini berat. Namun dia percaya Tuhan itu hanya menduga pada orang yang mampu. Pembedahan itu akan diadakan pada hari Ahad ini. Biar dia sebenarnya takut. Namun melihat harapan di mata Mama, Abah, saudaranya, Zairy dan dari orang-orang kesayangannya dia jadi gundah. Dia perlu melalui semua ini demi mereka semua. Pekerja-pekerjanya bergilir-gilir melawatnya. Begitu juga teman-teman Zairy yang mengenalinya. Begitu ramai orang yang melawatnya. Pak Cik Kamil dan isteri juga sanggup datang dari Johor Bahru melawat. Barulah dia tahu yang rupanya Zairy adalah anak Pak Cik Kamil. Waktu luang diguna sebaiknya oleh Nazla dengan membaca Yasin dan menulis diary. Dia telah memesan pada Zairy untuk menunaikan impiannya didalam diary itu sekiranya sesuatu terjadi. Dia takut sebenarnya. Andai akhirnya di sini...dia mahu Zairy membantunya.

Malam Sabtu rumah Nazla dipenuhi sanak saudaranya. Majlis Tahlil dan Yasin diadakan untuk keselamatan Nazla. Auda dan Nazman juga tiba pada awal pagi Ahad. Pembedahan akan dimulakan pada pukul 2 petang. Semua mengambil kesempatan bertemu dengannya. Nazla cuba tidak menangis. Mama dan abah tidak meninggalkan dia seorang diri. Mama dan abah benar-benar tabah. Rasa takut itu kurang sedikit. Zairy juga tidak pernah berhenti memberi semangat.

Aara dan Hazril tiba tengah hari. Mereka dilayan mesra oleh keluarga Nazla. Namun Abah dan mama Nazla meminta agar mereka tidak bertemu dengan Nazla. Takut emosinya terganggu sebelum pembedahan. Permintaan itu memang melukakan. Namun mereka perlu tegas kerana nyawa Nazla adalah taruhannya.

-Naz, saya akan tunggu awak

-Terima kasih Zairy...awak jaga diary saya yer. Doakan saya. Maafkan saya yer

Nazla tersenyum. Hatinya tenang benar hari ini. Biar dia tahu, entah apa akan jadi padanya selepas ini.

Zairy hanya mengangguk. Cuba menahan hati.

-Abah, mama...maafkan Ana...halalkan makan minum Ana...Ana sayang mama dan abah tau?...

Nazla tersenyum. Mereka berpelukan. Mama dan abah tidak menangis. Keluarga ini memang tabah.

-Ana sayang, mama dan abah tunggu Ana. Anak mama mesti akan lebih baik selepas ni. Nanti lepas Ana dah baik mama dan abah nak bawa Ana pergi Mekah. Anak mama mesti kuat tau sayang.

Nazla dicium dan dipeluk mama dan abahnya. Zairy benar-benar sayu. betapa hatinya makin sayang pada gadis manja itu.

Nazla telah ditolak ke bilik pembedahan. Semua yang ada sedang menunggu sambil membaca Yasin. Pembedahan itu mungkin mengambil masa 5 jam. Semua hanya membisu. Mama dan Abah Nazla khusuk membaca Yasin. Setelah habis mereka berdua menuju ke bilik solat yang disediakan. Menyambung dengan sembahyang hajat. Zairy, abang Nazla, Hazril dan Aara turut bersama. Hazril dan Aara benar-benar terkesima dengan layanan baik keluarga Nazla.

Sudah 7 jam Nazla dibilik bedah. Ada sedikit pendarahan. Abah dan mama Nazla masih lagi meneruskan bacaan Yasin. Sayu benar bunyinya. Sesekali kelihatan abahnya mengelap air mata.

-Ya Allah, selamatkan Nazla.....

Zairy tidak berhenti berdoa. Dia risau yang amat. Namun yang mampu hanyalah meminta pada Yang Maha Esa....

No comments:

Post a Comment