Friday, October 22, 2010

Kerana Nazla?.....

Nazla sedar pada hari kedua selepas pembedahan. Masih terpaksa di bilik ICU sehingga dia pulih. Keadaannya masih lemah. Keadaanya masih kritikal. Beberapa kali juga jantungnya menjadi perlahan. Namun semua masih berharap dan berdoa agar empunya diri masih punya semangat untuk hidup. Restoran Abah masih beroperasi, namun bagai hilang cerianya. Semua merindui Nazla. Dia sering membuatkan orang di kelilingnya tersenyum.

Hazril yang kepenatan tertidur di sofa. Aara terus ke bilik. Menyuci diri setelah sampai dari Kedah. Semasa keluar dari bilik mandi dia terkejut mendengar jeritan Hazril.

-Naz!!!....jangan pergi Naz!!!...maafkan Ril!!!...Jangan pergi!!!

Aara segera mendapatkan Hazril. Wajah suaminya berpeluh. Ada air mata di hujung mata.

-Abang, mengucap...

Hazril di geraknya perlahan. Setelah sedar Hazril terus memeluk Aara. Dia menangis di bahu Aara.

-It is my fault....i hurts her...

Aara sendiri hilang kata. Dia beku, buntu. Hatinya sakit bila Hazril menyalahkan diri. Dia juga terluka. Namun luka dihatinya tidak sehebat apa yang berlaku pada Nazla. Hatinya menangis. Namun tiada air mata yang keluar dari tubir matanya. Hatinya kosong. Hazril dipeluknya hingga lelaki itu reda.

Hazril makin pendiam. Begitu juga Aara. Hanya Kamil yang membuatkan mereka sedikit ceria. Dalam diam Aara masih berhubung dengan Auda. Mengikuti perkembangan Nazla dari jauh. Biar kadang-kadang rasa cemburu itu hadir. Nazla itu disayangi semua. Dan disayangi suaminya sendiri. Itu hakikat. Dia isteri, hati mana yangg tidak pedih. Namun itu bukan salah Nazla.

No comments:

Post a Comment