Saturday, October 16, 2010

Abah Nazla : Dia amanahku Ya Allah, hanya padaMu aku meminta...

Aara nyenyak di bahu Hazril. Wajah Hazril masih kerisauan, begitu juga Zairy dan juga keluarga Nazla. Telah 6 jam lebih. Masih tiada siapa yang keluar dari bilik pembedahan. Tidak lama kemudia keluar seorang jururawat. Wajahnya kelihatan cemas. Abah dan mama Nazla terus meluru bertanyakan keadaan Nazla.

-Macam mana anak saya?

-Pak Cik, Mak Cik minta semua bersabar, kami sedang berusaha. Keadaan dia sangat kritikal. Berdoalah moga semuanya dipermudahkan. Kami sedang berusaha sedaya upaya kami. Dia masih bertarung nyawa. Jangan berhenti berdoa.

Mama Nazla mula tertuduk. Ada air mata dimata tuanya. Begitu juga abah Nazla. Tubuh isterinya dipeluk erat. Betapa dia sendiri hilang bicara. Zairy sendiri sangat gugup mendengar berita itu. Kekuatan mereka bagai hilang dari diri. Hazril tertunduk. Ada air mata yang menitis. Terasa diri lebih berdosa. Andai dia tidak lukakan Nazla, tidak lah begini nasibnya.

-Sayang, sabarlah...mari kita sembahyang, minta pada Dia. Nazla itu amanah kita.

Andai Allah itu masih mahu meminjamkan dia pada kita. Marilah.
Abah Nazla memujuk mama Nazla. Mereka berdua melangkah lemah ke bilik sembahyang. Zairy dan abang Nazla juga mengikut. Mereka mesti redha. Hanya Allah yang mampu menyelamatkan Nazla. Biar apa pun akhirnya mereka perlu tabah.
Jelas bunyi esakan Abah dan Mama Nazla ketika berdoa. Sayu benar mendengar doa yang dituturkan. Mereka sayangkan Nazla. Namun siapa yang mampu menolak takdir yang ada.
Hampir sembilan jam, barulah Nazla dikeluarkan dari bilik pembedahan. Tubuhnya penuh dengan alat untuk memastikan dia terus bernyawa. Wajah sakit itu kelihatan tenang dalam lenanya. Semua yang ada mengucap syukur. Nazla masih bernyawa. Dia masih kritikal. Memerlukan rawatan rapi di ICU. Para pakar berjaya mengeluarkan darah beku itu. Dr Ishaq menerangkan sesuatu pada abah Nazla. Jantungnya tiba-tiba berhenti di pertengahan pembedahan. Hampir 7 minit. Maha Kuasa Allah, jantungnya tiba-tiba berdegup normal. Semua dibilik pembedahan benar-benar terkejut dengan apa yang terjadi. itu semua kuasaNya. Tiada siapa mampu untuk mengetahui rahsiaNya.

Nazla telah selamat di bilik ICU. Tiada siapa dibenarkan masuk kesitu. Hanya Doktor dan Nurse yang akan menjaganya. Abah dan mama Nazla berpelukan erat. Mereka menangis. Ada senyum dibibir mereka. Berkali-kali Alhamdulillah dituturkan. Malam itu semua pulang kerumah Nazla kecuali Hazril dan Aara. Mereka bersalaman sebelum meninggalkan hospital. Hazril turut memohon maaf pada semua yang ada.

-Hazril, terima kasih kerana sudi datang. Harap awak tidak lagi datang ke sini. Nazla itu masih terluka. Janganla diganggu hatinya lagi. Kalau dia bersalah pada awak berdua, kami ingin meminta maaf bagi pihaknya. Pak Cik pasti satu hari Nazla maafkan awak. Beri dia masa menerima semua ini.

Sayu suara abah Nazla. Nazla itu anaknya. sebagai bapa dia punya hak untuk melindungi amanahnya.

Hazril hanya membatu. Dia hilang kata. Aara juga hanya menunduk. Keadaan itu sukar. Andai mereka di tempat abah Nazla, mungkin mereka juga melakukan perkara yang sama.

No comments:

Post a Comment