Friday, October 8, 2010

Kasihanlah dia biar sedikit Ril....

Auda benar-benar terkejut mendengar berita yang disampaikan abah Nazla. Nazla kini kritikal. Sedang menunggu hari untuk dibedah. Namun keadaan yang lemah mengeruhkan lagi keadaan. Para doktor risau komplikasi akan jadi lebih berat.

Sungguh dia tidak dapat menahan hati dari menangis. Gambar MMS yang diterima dari abang Ngah Nazla meruntun jiwanya. Nazla itu lincah orangnya. Paling teruk dia melihat hanya ketika gadis itu demam. Namun masih degil ingin mengemas rumah sendiri. Jawapannya mudah. Terbiasa berdikari!. Resah sungguh rasa hati. Mujur esok Jumaat. Selepas kerja Auda akan terus ke Kedah. Melihat Nazla.

-Ya Allah, jagai dia Ya Allah...

Tangan diraup ke muka. Sendu itu masih ada. Terbayang-bayang keletah Nazla yang sering mengusiknya. Nazman, tunangnya telah bersetuju untuk menemaninya esok. Tadi ketika memberitahu Nazman, tunangnya mencadangkan mereka berjumpa Hazril. Agak terkejut sebenarnya dengan cadangan itu. Biarpun Nazman sebenarnya amat marah pada Hazril. Namun setelah diterangkan, maka mereka nekad pergi kerumah Hazril sekejap lagi.
Nazman tiba seperti yang dijanjikan. Mereka singgah makan di Plaza Angsana. Ketika sedang menuju ke escalator mereka terserempak dengan Hazril bersama seorang perempuan.

-Ril!

Tegur Nazman. Auda hanya tersenyum kelat. Hatinya masih marah. Namun atas nasihat Nazman dengan berat hati dia mengikut.

Hazril agak terkejut melihat mereka berdua. Nazman terus bercakap dengan Hazril. Auda menghulur tangan pada perempuan yang bertudung sebelah Hazril.

-Aara kan?. Saya Auda.

Perempuan itu senyum. Mengangguk mesra.

Mereka menuju ke restoran The House of Sundanese. Hati Auda sedikit terusik. Ini restoran kegemaran Nazla dan Hazril. Mereka berempat selalu ke sini. Auda tidak sedikit pun membalas senyum Hazril.

-Ril, Aara....Hmmm...ada seduatu yang ingin kami bagitahu. Pasal Nazla. Harap janganlah salah sangka. Bukan sesiapa minta kami bagitahu. Tapi aku rasa kau patut tahu sesuatu.

Masing-masing membisu. Hazril hanya menundukkan wajahnya. Wajah Aara berubah. Sukar ditafsirkan emosinya saat itu. Nazman menarik nafas dalam.

-Minggu lepas Nazla kena serang. Lelaki yang menyerang dia mengaku dia abang awak Aara. Dan sejak itu Nazla jatuh sakit. Dan kini dia kritikal.

Hazril meraup mukanya. Jelas tangannya bergetar. Aara jelas terkejut. Dia tidak pernah tahu abangnya akan bertindak begitu. Abangnya memang terlalu sayangkan dia. Mereka hanya dua beradik.

-Ril...bukan tujuan kami untuk menyalahkan sesiapa. Kasihanlah pada dia Ril. Engkau yang lebih tahu sebenarnya perkara ini. Jangan siksa dia lagi. Selepas ini entah apa nasib dia Ril. Harap dapatlah engkau jernihkan keadaan ini. Tinggalkan dia meneruskan hidup barunya dengan aman. Aara, saya minta maaf kalau apa yang saya cakap ini mennguris hati awak. Kami yang mengenali Nazla. Bukan dia yang mulakan semuanya. Kasihanlah pada dia. Dimalukan tanpa rela. Dan kini hanya Tuhan yang tahu nasibnya selepas ini.

Tidak pernah Auda melihat Nazman yang begitu. Nazman turut menyayangi adik angkatnya itu. Nazla itu seorang yang sering membuatkan orang kelilingnya tersenyum dan ketawa. Auda menyeka air mata.

Hazril hanya membisu. Ada air tergenang di matanya. Aara juga kelihatan sugul. Lama...baru dia bersuara...perlahan...antara dengar tak dengar...ada air mata yang tumpah di bibir matanya...keadaan sangat sayu...semua di meja itu berwajah sugul...yang ada hanya duka...

-Maafkan abang saya....saya tahu ini bukan salah Nazla.

Makanan yang tiba bagai tidak terusik. Auda hanya membisu. Sesekali menyeka air matanya.

************

Aara hanya membisu sejak pertemuan tadi. Hazril bagai berada di dunianya sendiri.

-Abang...

-Yer...

Hanya sepatah dijawab. Dia bagai orang yang hilang kata.

-Kita ke Kedah, melawat Nazla. Kasihan dia abang.

Hazril tidak dapat menahan tangisnya. Dia memeluk Aara. Erat!

-Abang tak tahu dia di mana.

-Abang telefon Kak Auda. Minta darinya alamat Nazla abang. Abang minta maaf dari dia.
Aara tak mahu abang terus macam ni.

Hazril benar-benar terharu pada ketulusan hati Aara. Namun hatinya lebih sedih mendengar Nazla yang sedang kritikal. Dan malam itu mereka menunaikan sembahyang sunat hajat meminta yang terbaik buat Nazla.

No comments:

Post a Comment