Sunday, April 10, 2011

Tiada tangis bukan bererti hati itu tidak pernah sedih....

Nazla terpaksa dipindahkan ke CCU. Terdapat kuman dalam darahnya. Memburukkan lagi keadaan diri yang sememangnya sangat lemah. Zairy bagai orang yang hilang arah. Dia hanya pulang sebentar untuk mandi dan menukar pakaian, itu pun setelah dipaksa keluarga mentuanya. Telah 3 hari Nazla koma. Wajah itu pucat benar. Detak nafasnya sangat perlahan. Zairy tidak berhenti berdoa. Memohon agar Nazla jaga.

"Abang...peluk Naz, sejuk..."

"Mari sayang..." Tubuh isterinya didakap erat. Dahi Nazla diciumnya. Tubuh Nazla sejuk...

"Abang...maafkan Naz. Terima Kasih, Naz sayang abang." Tangan Zairy dicium penuh kasih. Zairy memeluk Nazla lebih erat.

"Abang sayang Naz. Naz tiada salah dengan abang. Tidur sayang...sayang dia tau?.."

"Sayang dia jugak...." Tangan Zairy dicium berkali-kali.

"Abang...bangun sayang...Naz kena pergi sekarang....Maafkan Naz, Abang..." Nazla yang bertelekung mencium tangannya. Dan dengan perlahan Nazla berjalan meninggalkan Zairy.

"Naz...tunggu abang..." Tubuh Nazla makin hilang dari pandangannya. Ke mana Nazla pergi?...Zairy bagai tersedar. Dia bangun tergesa-gesa. Namun Nazla telah tiada di situ.

"Naz...jangan tinggal abang sayang" tanpa sedar ada air mata yang mengalir. Hati rasa sayu tiba-tiba.

**********************************************************************************

"Zairy...Zairy..."

Terasa bahunya ditepuk lembut.

"Ohhh...Abah...dah lama sampai" Mata digosoknya perlahan. Tangan tua itu diciumnya. Abah terus memeluk Zairy erat. Zairy terpinga.

"Nazla kenapa abah?..." Zairy mula panik. Dia terus menuju ke bilik CCU. Entah berapa lama dia tertidur di lobby hospital. Telefon bimbitnya pula tertinggal di dalam kereta.

Semua ahli keluarga telah berada di luar CCU. Zairy makin resah. Semua berwajah muram. Zairy terduduk melihat tubuh Nazla yang tertutup. Nazla telah tiada!.

Tiada air mata dimatanya. Terasa bagai angin telah menerbangkan separuh dirinya.
Terasa begitu kosong. Pelukan abah bagai tiada rasa.

"Naz...kenapa Naz tak tunggu abang sayang..." suara itu sangat perlahan. Lama dia terduduk di situ. Mencari kekuatan diri. Cuba untuk tabah. Bagai mimpi tadi.....

**********************************************************************************

Zairy membisu seribu bahasa. Ketika mayat dimandikan dia di situ.

"Abang maafkan Naz, abang halalkan semuanya untuk sayang. Abang redha semuanya. Dia lebih sayangkan Naz dari abang". Suaranya perlahan. Tiada air mata tumpah. Dijirusnya tubuh itu penuh kasih. Yang memandang hanya mampu untuk terharu.

Ketika Talkin dibaca pun dia tidak menangis. Wajahnya kosong. Ramai yang menangis ketika melihat Zairy mencium dahi Nazla buat kali terakhir.

"Selamat tinggal sayang abang. Abang maafkan sayang. Abang redha..." Dia tersenyum selepas mengungkapkannya. Wajah Nazla tenang. Namun tiada siapa dapat meneka gelodak hati Zairy.

Nazla pulang kepangkuan Yang Maha Esa pada subuh penghulu segala hari. Pergi membawa luka dan dukanya.

Saturday, November 13, 2010

Zairy : Where should i start with?....

-Naz, kita nikah?

Gelas yang berisi oren terlepas dari genggaman Nazla. Ayat dari Zairy benar-benar buatkan dia terkejut. Sejak dari keluar dari hospital hubungan Nazla dan Zairy makin rapat. Dia rasa senang dengan lelaki itu. Zairy juga begitu rapat dengan keluarganya.

-Naz...can u hear me?...will u?

Entah bila Zairy sudah dekat dengan wajahnya. Mata Zairy tepat menikam matanya. Hatinya telah ada cinta untuk Zairy. Ketulusan lelaki itu telah menambat hatinya. Benar! sayang itu telah tumbuh segar di jiwa.

-Nazla Aliaa...will u become my wife sayang?.

Wajahnya merona merah. Tanpa sedar dia mengangguk. Bagai terpukau dek pesona mata coklat Zairy.

-Thanks sayang.

Tangan Nazla diciumnya.

-I'll talk to your abah and mama. owh...can't wait to have you sayang! Yesss!!!

Zairy tersenyum manis. Hatinya berbunga. Nazla juga tersenyum melihat aksi Zairy yang kegembiraan.

Jelaslah jodoh mereka itu kuat. Hasrat murni itu mendapat restu semua keluarga terdekat. Semua keluarga menyenangi ketulusan Zairy. Mereka berhasrat mempercepatkan majlisnya. Majlis pertunangan akan diadakan sebelum majlis nikah. Ini permintaan dari kedua belah keluarga. Tarikh telah dipersetujui. Hanya 3 bulan sahaja lagi.
Zairy dan Nazla begitu sibuk. Berkejar ke sana sini menyiapkan barang-barang untuk majis mereka. Biar perancang perkahwinan telah dilantik. Mereka perlu juga memastikan semuanya bagai yang dirancang.

Perkahwinan mereka berjalan dengan meriah. Dengan restu semua ahli keluarga. Nazla telah sah menjadi isteri Zairy. Nazla juga dikejutkan dengan hadiah yang tidak dijangka. Zairy telah membina sebuah rumah untuknya. Banglo 2 tingkat yang berciri tradisional. Lengkap dengan kolam ikan didepan rumah. Lanskap tropikanya memang mengkagumkan. Nazla benar-benar tidak menyangka yang Zairy merealisasikan impiannya. Rupanya dalam diam dia merancang kejutan itu dengan abah dan mama.

Namun, gembira itu tidak lama. Kesihatan Nazla makin buruk. Tanpa disangka, ada tumor tumbuh dibekas pembedahan. Nazla terduga lagi. Berita buruk itu hadir hanya selepas dua minggu dia disahkan mengandung.

-Abang,....Naz mahu anak ini...

Wajahnya kosong. Tangan Zairy digenggamnya erat. Ada getar. Namun wajah itu bagai tiada riak. Kata-kata doktor tadi membuatkan tubuhnya rasa melayang entah kemana. Zairy hilang kata. Memilih bayi itu bermakna dia akan meletakkan nyawa Nazla dalam bahaya. Zairy hanya membisu. Tangannya kuat mengenggam tangan Nazla. Tiada air mata di mata Nazla. Wajahnya kosong. Wajah itu makin merisaukan Zairy. Dia tahu Nazla masih terkejut. Nazla sedih.

Ketika mereka keluar dari bilik Dr Herman, Nazla melangkah lemah. Zairy juga begitu namun dia perlu kuat untuk Nazla.

-Abang...Naz rasa letih....

Habis sahaja ayat itu tubuh Nazla longlai. Mujur Zairy sempat menyambar tubuh Nazla. Badannya panas dan pucat.

Tubuh Nazla dipeluknya. Nazla pengsan. Zairy memeluk isterinya erat. Ada airmata ditubir matanya. Mujur ada beberapa jururawat disitu. Mereka bertindak cekap membantu Zairy dan Nazla. Nazla telah dipindahkan ke wad. Zairy hanya mengenggam tangan Nazla. Keadaan ini benar-benar sukar. Dia buntu. Keluarga telah diberitahu tentang Nazla, tetapi dia masih tidak tahu bagaimana ingin memberitahu tentang apa yang diberitahu Dr Herman.

Friday, October 22, 2010

Kerana Nazla?.....

Nazla sedar pada hari kedua selepas pembedahan. Masih terpaksa di bilik ICU sehingga dia pulih. Keadaannya masih lemah. Keadaanya masih kritikal. Beberapa kali juga jantungnya menjadi perlahan. Namun semua masih berharap dan berdoa agar empunya diri masih punya semangat untuk hidup. Restoran Abah masih beroperasi, namun bagai hilang cerianya. Semua merindui Nazla. Dia sering membuatkan orang di kelilingnya tersenyum.

Hazril yang kepenatan tertidur di sofa. Aara terus ke bilik. Menyuci diri setelah sampai dari Kedah. Semasa keluar dari bilik mandi dia terkejut mendengar jeritan Hazril.

-Naz!!!....jangan pergi Naz!!!...maafkan Ril!!!...Jangan pergi!!!

Aara segera mendapatkan Hazril. Wajah suaminya berpeluh. Ada air mata di hujung mata.

-Abang, mengucap...

Hazril di geraknya perlahan. Setelah sedar Hazril terus memeluk Aara. Dia menangis di bahu Aara.

-It is my fault....i hurts her...

Aara sendiri hilang kata. Dia beku, buntu. Hatinya sakit bila Hazril menyalahkan diri. Dia juga terluka. Namun luka dihatinya tidak sehebat apa yang berlaku pada Nazla. Hatinya menangis. Namun tiada air mata yang keluar dari tubir matanya. Hatinya kosong. Hazril dipeluknya hingga lelaki itu reda.

Hazril makin pendiam. Begitu juga Aara. Hanya Kamil yang membuatkan mereka sedikit ceria. Dalam diam Aara masih berhubung dengan Auda. Mengikuti perkembangan Nazla dari jauh. Biar kadang-kadang rasa cemburu itu hadir. Nazla itu disayangi semua. Dan disayangi suaminya sendiri. Itu hakikat. Dia isteri, hati mana yangg tidak pedih. Namun itu bukan salah Nazla.

Saturday, October 16, 2010

Abah Nazla : Dia amanahku Ya Allah, hanya padaMu aku meminta...

Aara nyenyak di bahu Hazril. Wajah Hazril masih kerisauan, begitu juga Zairy dan juga keluarga Nazla. Telah 6 jam lebih. Masih tiada siapa yang keluar dari bilik pembedahan. Tidak lama kemudia keluar seorang jururawat. Wajahnya kelihatan cemas. Abah dan mama Nazla terus meluru bertanyakan keadaan Nazla.

-Macam mana anak saya?

-Pak Cik, Mak Cik minta semua bersabar, kami sedang berusaha. Keadaan dia sangat kritikal. Berdoalah moga semuanya dipermudahkan. Kami sedang berusaha sedaya upaya kami. Dia masih bertarung nyawa. Jangan berhenti berdoa.

Mama Nazla mula tertuduk. Ada air mata dimata tuanya. Begitu juga abah Nazla. Tubuh isterinya dipeluk erat. Betapa dia sendiri hilang bicara. Zairy sendiri sangat gugup mendengar berita itu. Kekuatan mereka bagai hilang dari diri. Hazril tertunduk. Ada air mata yang menitis. Terasa diri lebih berdosa. Andai dia tidak lukakan Nazla, tidak lah begini nasibnya.

-Sayang, sabarlah...mari kita sembahyang, minta pada Dia. Nazla itu amanah kita.

Andai Allah itu masih mahu meminjamkan dia pada kita. Marilah.
Abah Nazla memujuk mama Nazla. Mereka berdua melangkah lemah ke bilik sembahyang. Zairy dan abang Nazla juga mengikut. Mereka mesti redha. Hanya Allah yang mampu menyelamatkan Nazla. Biar apa pun akhirnya mereka perlu tabah.
Jelas bunyi esakan Abah dan Mama Nazla ketika berdoa. Sayu benar mendengar doa yang dituturkan. Mereka sayangkan Nazla. Namun siapa yang mampu menolak takdir yang ada.
Hampir sembilan jam, barulah Nazla dikeluarkan dari bilik pembedahan. Tubuhnya penuh dengan alat untuk memastikan dia terus bernyawa. Wajah sakit itu kelihatan tenang dalam lenanya. Semua yang ada mengucap syukur. Nazla masih bernyawa. Dia masih kritikal. Memerlukan rawatan rapi di ICU. Para pakar berjaya mengeluarkan darah beku itu. Dr Ishaq menerangkan sesuatu pada abah Nazla. Jantungnya tiba-tiba berhenti di pertengahan pembedahan. Hampir 7 minit. Maha Kuasa Allah, jantungnya tiba-tiba berdegup normal. Semua dibilik pembedahan benar-benar terkejut dengan apa yang terjadi. itu semua kuasaNya. Tiada siapa mampu untuk mengetahui rahsiaNya.

Nazla telah selamat di bilik ICU. Tiada siapa dibenarkan masuk kesitu. Hanya Doktor dan Nurse yang akan menjaganya. Abah dan mama Nazla berpelukan erat. Mereka menangis. Ada senyum dibibir mereka. Berkali-kali Alhamdulillah dituturkan. Malam itu semua pulang kerumah Nazla kecuali Hazril dan Aara. Mereka bersalaman sebelum meninggalkan hospital. Hazril turut memohon maaf pada semua yang ada.

-Hazril, terima kasih kerana sudi datang. Harap awak tidak lagi datang ke sini. Nazla itu masih terluka. Janganla diganggu hatinya lagi. Kalau dia bersalah pada awak berdua, kami ingin meminta maaf bagi pihaknya. Pak Cik pasti satu hari Nazla maafkan awak. Beri dia masa menerima semua ini.

Sayu suara abah Nazla. Nazla itu anaknya. sebagai bapa dia punya hak untuk melindungi amanahnya.

Hazril hanya membatu. Dia hilang kata. Aara juga hanya menunduk. Keadaan itu sukar. Andai mereka di tempat abah Nazla, mungkin mereka juga melakukan perkara yang sama.

Friday, October 8, 2010

Ya Allah selamatkan dia....

Nazla masih membisu. Tubuhnya masih lemah. Namun peningnya sudah semakin kurang. Hanya kekadang sakitnya datang. Zairy adalah pelawat tetapnya. Kata-Kata Dr Alya masih terngiang di telinganya. Risiko pembedahan ini sangat tinggi. Kalau gagal dia mungkin akan lumpuh atau mungkin kehilangan penglihatannya. Mama dan abah kelihatan sugul biar di depan dia mereka berlagak tabah. Betapa hatinya sebenarnya takut. Namun kalau dia menolak pembedahan ini Mama dan Abah akan terus risau. Darah beku itu perlu dibuang segera.

Dugaan ini berat. Namun dia percaya Tuhan itu hanya menduga pada orang yang mampu. Pembedahan itu akan diadakan pada hari Ahad ini. Biar dia sebenarnya takut. Namun melihat harapan di mata Mama, Abah, saudaranya, Zairy dan dari orang-orang kesayangannya dia jadi gundah. Dia perlu melalui semua ini demi mereka semua. Pekerja-pekerjanya bergilir-gilir melawatnya. Begitu juga teman-teman Zairy yang mengenalinya. Begitu ramai orang yang melawatnya. Pak Cik Kamil dan isteri juga sanggup datang dari Johor Bahru melawat. Barulah dia tahu yang rupanya Zairy adalah anak Pak Cik Kamil. Waktu luang diguna sebaiknya oleh Nazla dengan membaca Yasin dan menulis diary. Dia telah memesan pada Zairy untuk menunaikan impiannya didalam diary itu sekiranya sesuatu terjadi. Dia takut sebenarnya. Andai akhirnya di sini...dia mahu Zairy membantunya.

Malam Sabtu rumah Nazla dipenuhi sanak saudaranya. Majlis Tahlil dan Yasin diadakan untuk keselamatan Nazla. Auda dan Nazman juga tiba pada awal pagi Ahad. Pembedahan akan dimulakan pada pukul 2 petang. Semua mengambil kesempatan bertemu dengannya. Nazla cuba tidak menangis. Mama dan abah tidak meninggalkan dia seorang diri. Mama dan abah benar-benar tabah. Rasa takut itu kurang sedikit. Zairy juga tidak pernah berhenti memberi semangat.

Aara dan Hazril tiba tengah hari. Mereka dilayan mesra oleh keluarga Nazla. Namun Abah dan mama Nazla meminta agar mereka tidak bertemu dengan Nazla. Takut emosinya terganggu sebelum pembedahan. Permintaan itu memang melukakan. Namun mereka perlu tegas kerana nyawa Nazla adalah taruhannya.

-Naz, saya akan tunggu awak

-Terima kasih Zairy...awak jaga diary saya yer. Doakan saya. Maafkan saya yer

Nazla tersenyum. Hatinya tenang benar hari ini. Biar dia tahu, entah apa akan jadi padanya selepas ini.

Zairy hanya mengangguk. Cuba menahan hati.

-Abah, mama...maafkan Ana...halalkan makan minum Ana...Ana sayang mama dan abah tau?...

Nazla tersenyum. Mereka berpelukan. Mama dan abah tidak menangis. Keluarga ini memang tabah.

-Ana sayang, mama dan abah tunggu Ana. Anak mama mesti akan lebih baik selepas ni. Nanti lepas Ana dah baik mama dan abah nak bawa Ana pergi Mekah. Anak mama mesti kuat tau sayang.

Nazla dicium dan dipeluk mama dan abahnya. Zairy benar-benar sayu. betapa hatinya makin sayang pada gadis manja itu.

Nazla telah ditolak ke bilik pembedahan. Semua yang ada sedang menunggu sambil membaca Yasin. Pembedahan itu mungkin mengambil masa 5 jam. Semua hanya membisu. Mama dan Abah Nazla khusuk membaca Yasin. Setelah habis mereka berdua menuju ke bilik solat yang disediakan. Menyambung dengan sembahyang hajat. Zairy, abang Nazla, Hazril dan Aara turut bersama. Hazril dan Aara benar-benar terkesima dengan layanan baik keluarga Nazla.

Sudah 7 jam Nazla dibilik bedah. Ada sedikit pendarahan. Abah dan mama Nazla masih lagi meneruskan bacaan Yasin. Sayu benar bunyinya. Sesekali kelihatan abahnya mengelap air mata.

-Ya Allah, selamatkan Nazla.....

Zairy tidak berhenti berdoa. Dia risau yang amat. Namun yang mampu hanyalah meminta pada Yang Maha Esa....

Kasihanlah dia biar sedikit Ril....

Auda benar-benar terkejut mendengar berita yang disampaikan abah Nazla. Nazla kini kritikal. Sedang menunggu hari untuk dibedah. Namun keadaan yang lemah mengeruhkan lagi keadaan. Para doktor risau komplikasi akan jadi lebih berat.

Sungguh dia tidak dapat menahan hati dari menangis. Gambar MMS yang diterima dari abang Ngah Nazla meruntun jiwanya. Nazla itu lincah orangnya. Paling teruk dia melihat hanya ketika gadis itu demam. Namun masih degil ingin mengemas rumah sendiri. Jawapannya mudah. Terbiasa berdikari!. Resah sungguh rasa hati. Mujur esok Jumaat. Selepas kerja Auda akan terus ke Kedah. Melihat Nazla.

-Ya Allah, jagai dia Ya Allah...

Tangan diraup ke muka. Sendu itu masih ada. Terbayang-bayang keletah Nazla yang sering mengusiknya. Nazman, tunangnya telah bersetuju untuk menemaninya esok. Tadi ketika memberitahu Nazman, tunangnya mencadangkan mereka berjumpa Hazril. Agak terkejut sebenarnya dengan cadangan itu. Biarpun Nazman sebenarnya amat marah pada Hazril. Namun setelah diterangkan, maka mereka nekad pergi kerumah Hazril sekejap lagi.
Nazman tiba seperti yang dijanjikan. Mereka singgah makan di Plaza Angsana. Ketika sedang menuju ke escalator mereka terserempak dengan Hazril bersama seorang perempuan.

-Ril!

Tegur Nazman. Auda hanya tersenyum kelat. Hatinya masih marah. Namun atas nasihat Nazman dengan berat hati dia mengikut.

Hazril agak terkejut melihat mereka berdua. Nazman terus bercakap dengan Hazril. Auda menghulur tangan pada perempuan yang bertudung sebelah Hazril.

-Aara kan?. Saya Auda.

Perempuan itu senyum. Mengangguk mesra.

Mereka menuju ke restoran The House of Sundanese. Hati Auda sedikit terusik. Ini restoran kegemaran Nazla dan Hazril. Mereka berempat selalu ke sini. Auda tidak sedikit pun membalas senyum Hazril.

-Ril, Aara....Hmmm...ada seduatu yang ingin kami bagitahu. Pasal Nazla. Harap janganlah salah sangka. Bukan sesiapa minta kami bagitahu. Tapi aku rasa kau patut tahu sesuatu.

Masing-masing membisu. Hazril hanya menundukkan wajahnya. Wajah Aara berubah. Sukar ditafsirkan emosinya saat itu. Nazman menarik nafas dalam.

-Minggu lepas Nazla kena serang. Lelaki yang menyerang dia mengaku dia abang awak Aara. Dan sejak itu Nazla jatuh sakit. Dan kini dia kritikal.

Hazril meraup mukanya. Jelas tangannya bergetar. Aara jelas terkejut. Dia tidak pernah tahu abangnya akan bertindak begitu. Abangnya memang terlalu sayangkan dia. Mereka hanya dua beradik.

-Ril...bukan tujuan kami untuk menyalahkan sesiapa. Kasihanlah pada dia Ril. Engkau yang lebih tahu sebenarnya perkara ini. Jangan siksa dia lagi. Selepas ini entah apa nasib dia Ril. Harap dapatlah engkau jernihkan keadaan ini. Tinggalkan dia meneruskan hidup barunya dengan aman. Aara, saya minta maaf kalau apa yang saya cakap ini mennguris hati awak. Kami yang mengenali Nazla. Bukan dia yang mulakan semuanya. Kasihanlah pada dia. Dimalukan tanpa rela. Dan kini hanya Tuhan yang tahu nasibnya selepas ini.

Tidak pernah Auda melihat Nazman yang begitu. Nazman turut menyayangi adik angkatnya itu. Nazla itu seorang yang sering membuatkan orang kelilingnya tersenyum dan ketawa. Auda menyeka air mata.

Hazril hanya membisu. Ada air tergenang di matanya. Aara juga kelihatan sugul. Lama...baru dia bersuara...perlahan...antara dengar tak dengar...ada air mata yang tumpah di bibir matanya...keadaan sangat sayu...semua di meja itu berwajah sugul...yang ada hanya duka...

-Maafkan abang saya....saya tahu ini bukan salah Nazla.

Makanan yang tiba bagai tidak terusik. Auda hanya membisu. Sesekali menyeka air matanya.

************

Aara hanya membisu sejak pertemuan tadi. Hazril bagai berada di dunianya sendiri.

-Abang...

-Yer...

Hanya sepatah dijawab. Dia bagai orang yang hilang kata.

-Kita ke Kedah, melawat Nazla. Kasihan dia abang.

Hazril tidak dapat menahan tangisnya. Dia memeluk Aara. Erat!

-Abang tak tahu dia di mana.

-Abang telefon Kak Auda. Minta darinya alamat Nazla abang. Abang minta maaf dari dia.
Aara tak mahu abang terus macam ni.

Hazril benar-benar terharu pada ketulusan hati Aara. Namun hatinya lebih sedih mendengar Nazla yang sedang kritikal. Dan malam itu mereka menunaikan sembahyang sunat hajat meminta yang terbaik buat Nazla.

Saturday, October 2, 2010

Nazla: Berhentilah lukai aku...

Nazla telah tersedar. Namun kepalanya masih pening. Masih ada darah yang keluar dari hidungnya. Tubuhnya masih sakit!...terasa seperti dicucuk-cucuk.
Entah bila dia tertidur kembali. Mimpi tentang peristiwa itu datang lagi dan tiba-tiba dia menjerit.

"Go away!!!!!...i hates you!!!! stop hurting me!!!...

Dia mula meronta. Zairy yang baru tiba di situ kelam kabut memegang Nazla.

-Naz! Naz!...shhhhh....i am here...

Nazla yang bagai tersedar terus memeluk Zairy. Dia menangis. Bau darah menusuk. Tanganya yang dicucuk drip terbuka. Darah keluar denga lajunya. Zairy terus memeluk erat Nazla. Menenangkannya. Button untuk memanggil jururawat dipicitnya.
Sapu tangan Zairy digunakan untuk menutup luka di tangan Nazla. Mujurlah cepat jururawat tiba dan membantu menenangkan Nazla. Nazla tertidur kembali setelah diberi suntikan penenang.

Abah dan mama Nazla telah diberitahu. Zairy benar-benar risaukan Nazla. Peristiwa yang berlaku 2 minggu lepas masih jelas diingatannya. Sejak itu juga Nazla semakin tidak peduli pada kesihatan diri. Dia juga sering termenung. Wajahnya semakin sugul!..Dan ini lah yang terjadi. Dia terpaksa dirawat di hospital. Dan hanya bila dia di sini barulah mereka mendapat tahu yang dia pernah terjatuh, dan ada ketulan darah di dalam kepalanya. Ia perlu dibuang dengan segera. Dan pembedahan itu sangat berisiko.

**************

-Awak Nazla?...

Nazla terkejut ditegur kasar begitu. Entah siapa lelaki itu.

-Awak siapa?..

Suaranya agak bengang. Entah dari mana, entah siapa yang tiba-tiba menegur kasar.

-Tak payah nak sombong, saya abang Aara!. Sudah-sudahlah menganggu hidup suami adik saya!..

Suara lelaki itu kasar. Berwajah sombong!. Nazla benar-benar bengang!. Aku yang ditipu kini aku pulak dituduh membuat onar.

-Owh abang Aara. So have you ever asked your beloved adik ipar?...siapa yang mulakan?...i have nothing to do with him or them...or even u...please leave me with my life. Saya pun tak ingin pada manusia yang tak pernah mengaku itu bini dia.
Nazla mula berang dilayan sedemikian. Dia sedar bahasanya keras. Namun dia benar geram. Dia telah tinggalkan banyak benda hanya kerana Hazril. Semuanya bukan kerana kesalahan dia. Tetapi Hazril yang memulakan. Kenapa dia yang terpaksa menerima semuanya?...

Sudah cukup sakit hati dan luka yang dia lalui. Luka itu masih sakit! masih pedih! Hati sangat sakit diperlakukan begitu!.

Lelaki itu kelihatan semakin berang!

-Dah la kacau hidup orang! Nak berlagak pulak! Aku tampar jugak kang!!!

Tangannya hampir ke pipi Nazla.

-Heiiii...apa nie???.Nak tampar perempuan?..she is not ur lawan ok...

Entah bila Zairy tiba di situ. Tangan abang Aara di tepisnya. Lelaki itu sedikit terundur. Jelas dia semakin berang.

-Kau siapa?...Jangan masuk campur!

-I am his tunang!...Jangan nak tunjuk hero kat sini!

Zairy telah mula melipat lengan kemejanya. Nazla masih lagi menahan rasa marah. Hatinya semakin panas. Bencinya pada Hazril makin meluap!.

-OOO..Tunang!...ni cuba kau bagitahu kat betina gatal nie, jangan dok gatal dengan laki orang!

Nazla mula berang!.

-Jangan kurang ajar!...sebelum serang orang pergi selidik dulu!..kalau ur adik so damn good why his husband still sanggup mengaku yang dia tak pernah ada wife!...ok...since u are so good why not we just go and do police report?...bear in mind i will also report that you are trespassing my life and menghina i depan orang ramai! I dont mind to make people know about it since u and your family keep kacau me!

Lelaki itu sedikit terkejut. Zairy memeluk Nazla yang semakin berang. Wajahnya merah menahan marah.

-Kau jaga jahanam!!!!

Lelaki itu berlalu sambil meludah.

Dada Nazla masih berombak kencang! Hatinya benar-benar panas!.

-Naz, sabar sayang...sabar please...ingat Allah..

Nazla bagai tersedar dari mimpi. Bibir mula mengucap kalimah syahadah. Marahnya mula reda. Masih ada beberapa orang yang lalu di tempat letak kereta itu masih setia memandangnya. Nazla mula rasa resah. Zairy mengenggam erat tangan Nazla memberi kekuatan. Nazla dipimpinnya ke kereta. Tanpa banyak soal dia terus memandu laju. Menuju ke kedai Nazla.

Nazla hanya membisu. Dan dia menangis. Menangis sesungguh hatinya. Zairy benar-benar resah. Namun lidahnya kelu.

Sampai di kedai mujur abah Nazla di situ. Nazla terus memeluk abahnya. Meneruskan tangis. Semua memandang hairan.

-Kenapa ni sayang?...

Nazla masih menangis. Mamanya yang baru keluar dari dapur terus mendapatkan Nazla. Anaknya dipimpin ke pejabat didalam restoran. Abah Nazla terus mengajak Zairy ke pangkin di tepi Restoran.

Mereka berbual. Zairy bercerita tentang apa yang terjadi pada Nazla. Abah hanya menggelengkan kepalanya. Wajahnya sugul. Dia hanya tertunduk membisu. Lama....

-Zairy, terima kasih selamatkan Naz tadi. Risau Pak Cik. Dia tak bersalah. Pak Cik bukan kata macam nie sebab dia tu anak Pak Cik. Dia tu nampak jer macam kuat. Nak sakitkan hati orang pun tak sampai hati. Dah dugaan Tuhan pada dia macam tu. Hazril tu memang tak guna. Dia yang mulakan, sekarang kenapa pula nak buat macam semua ni salah Nazla. Nazla sanggup tinggalkan karier dia dekat JB hanya kerana apa yang Hazril dah buat pada dia. Pak Cik hanya mampu berdoa agar Nazla tabah. Beri semangat pada dia Zairy.

Abah Nazla membisu selepas itu. Zairy juga. Masing-masing kehilangan kata. Jelas ada air yang tergenang di mata lelaki tua itu. Nazla itu anak kesayangannya. Zairy sendiri simpati pada gadis manja itu. Nazla yang dia kenal sangat luhur orangnya. Suka membuat orang kelilingnya mesra dan ketawa. Gadis itu juga berhati lembut. Semua orang sayang padanya.