Thursday, September 16, 2010

Zairy: "Nazla"

Nazla kelihatan sangat letih kebelakangan ini. Wajahnya sering pucat kepenatan. Berkali juga dinasihati Abah dan mama untuk berehat. Abah sedia membantu menjaga urusan kedai untuk Nazla. Namun semua usul itu ditolak. Alasannya dia masih mampu dan dia cuma penat.

Telefon Nazla berbunyi. Panggilan dari Zairy.

-Assalamualaikum, yer Zairy.

-Waalaikumussalam...Naz sibuk hari ni?.

-Tak lah. Macam biasa jer. Nak datang ker?

-Ha ahh...Zairy nak tempah meja untuk 2 orang yer.

-Boleh, apa salahnya. Nak bawa buah hati yer?.

-Ehh, bukan lah. Naz kenal orang ni. Naz, tolong masak asam pedas untuk Zairy boleh?.

-Asam pedas, sekejap yer, biar Naz tengok ikan merah ader ker tak. Kejap yer.

Nazla bergegas kke dapur restoran. Melihat stok ikan yang ada. Setelah melihat apa yang ada, dia tersenyum.

-Alhamdulillah, boleh. Memang nasib baik ader ikan merah untuk awak.
Nazla tersenyum.

-Hah!..best tu! Nanti dalam pukul 8 Zairy sampai. Jumpa nanti yer.
Tepat pada pukul 8 malam. Sebuah Honda CRV hitam masuk ke Restoran Abah. Itu kereta Zairy. Datuk Kamil juga ada. Patutla Zairy meminta Nazla memasak asam pedas.

-Naz, rindunya pak cik pada asam pedas Naz.
Pak Cik Kamil macam biasa. Begitiu gembira dia bertemu dengan Nazla.

-Eh Naz, ni ada buah tangan dari auntie untuk Naz. Dia nak datang tapi ada pulak kerja dia di JB.

-Ehhh, Pak Cik nie buat susah-susah saja.

Nazla sedikit terkejut. Padahal itu baru kali ke2 mereka bertemu. Dia tidak pernah mengenali isteri Datuk Kamil. Malu rasanya di layan begitu baik.

-Marilah Pak Cik, Zairy.

Nazla turut makan bersama mereka. Itu permintaan Datuk Kamil. Terasa bersalah hendak menolak. Pak Cik Kamil melayan Nazla seperti anaknya sendiri. Zairy dari tadi kelihatan begitu gembira.

Nazla masih lagi pening. Dia cuba untuk senyum. Namun ketika makan tiba-tiba terasa sesuatu mengalir di hidungnya. Panas!. Ada darah. Kepalanya semakin pening. Tiba-tiba dunianya rasa gelap. Zairy segera manangkap tubuh Nazla yang rebah disebelahnya. Tubuh Nazla diangkatnya dan dia bergegas bersama Datuk Kamil ke hospital. Darah semakin banyak dari hidung dan telinga Nazla. Basah baju Zairy. Bau darah begitu kuat. Nazla dipeluknya erat. Syukur Datuk Kamil yang memandu. Pada pekerja Nazla telah dipesan untuk memberitahu pada abah dan mama Nazla.

Nazla masih lagi di bilik kecemasan. Zairy kelihatan begitu sugul dan risau. Sungguh dia terkejut. Pertama kali melihat Nazla begitu. Datuk Kamil memegang bahu Zairy. Cuba memberi kekuatan pada lelaki itu. Tidak sampai sejam, abah dan mama Nazla tiba di situ. Mama Nazla menangis. Zairy dan Datuk Kamil memberitahu abah Nazla tentang apa yang terjadi di Restoran sebentar tadi.

Hampir dua jam juga Nazla di bilik kecemasan. Zairy hanya meninggalkan hospital setelah melawat Nazla di wad. Syukur abah dan mama Nazla memberi kesempatan padanya untuk melawat Nazla sebelum pulang. Sayu hatinya melihat Nazla yang pucat. Nazla masih tidur. Nyenyak!, mungkin kerana ubatan yang diberi. Hatinya telah jatuh cinta pada gadis itu.

No comments:

Post a Comment