Sunday, September 12, 2010

Resah di hati Aara

Aara sedang mendakap Kamil Adhan yang lena dalam pelukannya. Sudah 2 hari dia di Desaru Resort. Sengaja melarikan diri ke situ buat sementara waktu. Sungguh hatinya terluka bila tersedar yang Hazril telah mendustai cintanya. Semakin kuat dia melawan rasa hati semakin kuat bisikan untuk dia tidak memaafkan Hazril. Mereka berkahwin kerana cinta. Namun cinta yang begitu lama disemai bagai terlalu mudah diusik. Tuluskah Hazril?...lelaki yang dulunya berjanji sehidup semati dengannya. Yang menerima akad itu dengan rela hati dan cinta padanya?. Tanpa dia sedari air mata meleleh, terhinggut-hinggut bahunya menahan tangis. Kamil Adhan didakapnya erat. Seolah mencari kekuatan diri.

Begitu banyak missed call dan sms dari Hazril. Hanya satu dibalasnya, memberitahu dia dan Kamil Adhan selamat. Pertanyaan lain hanya dibiarkan sepi. Sudah 3 hari dia di situ. Yang tahu dia di situ hanyalah ibu dan ayahnya. Mereka membantah mulanya, namun setelah Aara berkeras, mereka hanya mampu merelakan keputusan Aara. Mereka tahu Aara terluka. Tiada siapa yang akan menyangka apa yang terjadi pada Aara. Hazril terlihat sebagai suami yang baik di hadapan semua orang. Nazla yag selama ini di cemuh juga mangsa keadaan. Hati Aara berkecai dek kecurangan dan ketidaktulusan Hazril. Aara masih belum mampu untuk melupakan semuanya. Sukar benar kali ini melawan rasa sakit hati dan dendam.

"Aara, maafkan abang, abang tahu abang bersalah pada Aara dan anak kita Kamil. Abang yang bersalah! Maafkan abang, abang masih berharap agar abang masih ada peluang untuk menebus kesalahan ini. Ambillah sebanyak mana yang Aara perlukan untuk memikirkan hal kita. Abang akan menunggu Aara. Abang akan tunggu sayang. Aara tahu di mana mencari abang. Jaga diri sayang"

SMS terbaru itu dibaca berulang kali. Betapa hati ingin saja mendail nombor Hazril. Namun kekosongan itu masih ada! Rasa pedih luka itu masih kuat! Marah dan sedih itu masih panas dalam jiwa!. Akhirnya handphone di off kan. Dia ingin bersendirian dengan Kamil Adhan dalam mencari keputusan yang terbaik buat mereka.


Aara kembali setelah menghilang seminggu lebih. Terkejut dia dengan keadaan rumah yang berselerak. Baju bertaburan. Puntung rokok bertaburan di ruang tamu dan meja makan. Aara segera menuju ke bilik tidur. Bilik tidur juga berselerak. Tangannya segera ingin menelefon Hazril. Namun belum sempat telefon berbunyi dia telah mematikan talian. Kamil Adhan ditidurkan di dalam buaian. Aara segera mengemas. Baju-baju kotor di masukkan ke mesin basuh untuk di cuci. Dia juga tidak menang tangan mengemas seluruh rumah. Entah bila dia tertidur di sofa dia sendiri tidak sedar. Terlalu penat. Aara hanya tersedar bila Kamil manangis minta di susukan.

Sedang sibuk menyediakan makanan Kamil, terdengar pintu di buka. Hazril telah kembali. Aara masih belum berganjak dari kerja yang sedang dilakukan. Berat benar rasa hati biar dia telah memilih untuk kembali membetulkan hubungan mereka. Hatinya resah berperang rasa benci dan cinta.

-Sayang...dah balik?

Aara dipeluknya dari belakang. Hazril mendakap erat isterinya. Rindu benar dia pada Aara. Terasa ada air mata yang menitis di bahu Aara. Aara masih lagi kaku. Bisu seribu bahasa. Yang ada hanya esak tangis Hazril.

-Abang,...maafkan Aara

-Aara tak salah sayang, semuanya kerana abang. Syukur sayang abang kembali.

Aara mencium tangan Hazril. Meminta kemaafan atas kehilangan dia dan Kamil Adhan. Air matanya tumpah. Hatinya masih sayang pada Hazril. Cinta dan sayang itu masih kuat biar dia telah terluka. Hazril kelihatan sangat tidak terurus. Sugul wajahnya. Kesedihan di hatinya sudah tidak mampu disorok lagi.

Sejak itu Hazril semakin kerap berada di rumah. Banyak kerja rumah dibantunya. Dia juga makin banyak menghabiskan masa bersama Kamil yang makin keletah. Cuma Aara sedikit pendiam berbanding dulu. Hatinya masih terasa sakit. Namun demi Kamil, semua rasa sakit dan pahit itu ditelannya.

No comments:

Post a Comment