Thursday, September 2, 2010

Hazril: Rindu ini makin kuat...

-Assalamualaikum

Tiada suara di hujung talian.

-Hello...

Lama begitu. Nazla sedikit geram. Entah siapa yang menelefon. Tiba-tiba.

-Waalaikumussalam, Naz...

Nazla terpempan. Wajahnya berubah pucat. Hazril!. Dia hanya membisu. Terkejut mendengar suara di hujung talian.

-Naz, sihat?

Nazla masih membisu. Lama. Membiarkan Hazril di hujung talian. Setelah kembali ke alam nyata.

-Apa lagi?. Why u are calling me?

Kasar bunyinya. Hatinya jadi benci tiba-tiba.

-Teringatkan Naz....

-What?!!!! u are such a liar. Don't u dare to call me again. i hates you!

Talian diputuskan. Nazla menahan dada yang berombak marah. Tanpa sedar dia berjalan ke pejabat di dalam Restoran Abah. Pintu dikunci. Air matanya mengalir, lebat!. Hatinya sakit!. Kenapa Hazril masih mahu menghubungi dia?. Hatinya masih luka. Masih sakit!.

Tiba-tiba pintu bilik diketuk. Cepat-cepat Nazla mengelap wajahnya.

-Akak, Abang Zairy datang. Dia nak jumpa akak. Akak ok tak nie?

Mazli pembantunya datang memanggil.

-Zairy?...sapa?..akak ok la...jap lagi akak keluaq.

-Alaaaa...abang yang comel yang mai dengan Pak Cik Jamal hari tu. Ingat dak?.

Mazli menjawab dengan loghat Kedahnya. Nazla masih tidak mengingatinya. Dia ke bilik air. membersihkan kesan tangis sebentar tadi. Menarik nafas panjang sebelum melangkah keluar dari pejabatnya. Memulakan langkah dengan Bismillah dan Allahumma Yassir Wala Tuassir. Wajahnya kembali tenang. Cuma kepalanya masih berdengung. Banyak menangis barang kali.

Kelihatan seorang lelaki berseluar penndek dengan T-shirt hitamnya di kaunter. Simple tapi smart. Owh...mamat yang mata sepet hari tu.

"Kenapa dia cari aku pulak nie?"

Hati mula tertanya. Hari itu dia cuma diam jer. Tidak banyak bercakap.

-Assalamualaikum, Encik Zairy?

-Waalaikumussalam, yer Naz. Tak payah panggil Encik. Panggil Zairy jer.

Uiksss...ramah pulak dia. Apa hal dia cari aku nie?.

-Owh...yer Zairy. Ada apa yang boleh saya tolong?.

Zairy tersenyum. Baru perasan ada lesung pipit di bawah mata kanannya. Comel!

-Nak minta tolong Naz, minggu depan our boss from JB is coming here, so we planned nak bawak diorang dinner kat sini. Pak Cik Jamal cakap dia nak macam hari tu. Dalam 15 orang macam tu. Boleh tak Naz sediakan?

-Oooo..cam tu rupanya. InsyaAllah boleh. Tapi Zairy dah decide untuk menu ker?.

-Belum lagi. How about u forward me the menu via email. Then i decide dengan Pak Cik Jamal. By the way, Naz tahu masak asam pedas johor tak?. One of my boss tu memang favourite dia. so kalau boleh Zairy nak you masak asam pedas, maybe kepala ikan merah?..boleh tak?

Ishhhh banyak cakap jugak rupanya. Nazla tersenyum.

-Boleh. Ni mesti nak bodek boss nie...hahahahahaah

Mereka ketawa. Selesai memberi kad namanya pada Nazla, Zairy meminta diri untuk pulang.

GROUP PROJECT MANAGER
Ahmad Zairiel Hakim Bin Kamarulzaman

"Huh...biar betul?. tengok cam selambe jerk gaya dia."
Hati Nazla mengumam.
**********

Hazril termenung di pejabatnya. Dia tahu Nazla benar-benar terluka. Biar wajahnya tampak biasa namun hatinya berperang dengan rasa bersalah dan rindu pada Nazla. Nazla bukanlah hebat. Malah kalau dibandingkan dia dengan Aara, terlalu jauh ketara. Namun Nazla itu ada sesuatu yang sangat menarik. Bersama gadis itu hatinya tenang. Hatinya tulus. Sifat keanak-anakannya itu comel. Terlalu banyak yang buatkan dia rindu pada Nazla. Terlalu banyak. Nazla itu terlalu lurus orangnya. Tidak pandai menyakiti orang lain biar orang memperlakukan dia sesuka hati. Nazla itu manja!. Itu Nazla yang dia kenal. Betapa dia rindu pada gadis itu. Betapa dia rasa bersalah melihat air mata Nazla.

Hazril meraup wajahnya. Ada rasa sesak di dalam dada bila terkenangkan Nazla. Entah dia sendiri kalah dengan perasaannya. Dalam diam sebenarnya cinta pada Nazla itu tumbuh, makin lama makin kuat. Entah?..dia sendiri tenggelam dalam permainan hatinya. Lemas!

-Naz, Maafkan Haz...

No comments:

Post a Comment