Sunday, August 15, 2010

Nazla : "Restoran Abah"

Alhamdulillah perniagaan Restoran Abah telah pun bermula. Bukan mudah untuk bertapak dalang bidang makanan rupanya. "Restoran Abah" itu idea Nazla. Demi rasa sayangnya pada abah. Makanan kesukaan keluarga menjadi signature dish di restoran itu. Syukur ianya juga menjadi kegemaran pelanggan di situ. Nazla kelihatan gembira bila berada di restoran. Senyumnya manis melayan pelanggan dan pekerja. Namun bila sendirian semua itu hilang. Tiada senyum yang ada hanya amarah. Gadis itu bagai bukan dirinya lagi. Namun kekadang akan terlihat dia menyapu air matanya. Hatinya terluka.

Hari ini agak sibuk di restoran. Ramai pelanggan. Nazla dan pekerjanya sibuk melayan permintaan para pelanggan mereka. Seperti biasa masakan yang berasaskan puyuh memang menjadi pilihan para pelanggan. Puyuh goreng berempah memang enak dimakan dengan masakan kampung. Kebanyakan masakan di situ adalah hasil air tangan Nazla. Mewarisi bakat memasak abahnya.

Alhamdulillah semua meja penuh dengan pelanggan. Sedang sibuk melayan tiba sebuah pajero yang padat dengan penumpang di kedai mereka. Pak Cik Jamal, salah seorang pelanggan tetap di situ. Keretanya penuh dengan pekerjanya. Tidak lama selepas itu tiba pula sebuah Mitsubishi Storm. 3 lelaki keluar dari situ. Berpakaian smart kasual. Mereka bersalaman dengan Pak Cik Jamal. Meja masih penuh dengan pelanggan.

Nazla kelihatan kalut. Selalunya Pak Cik Jamal akan menelefon dulu kalau dia datang ramai. Menempah meja sebelum tiba di situ. Nazla segera menuju Pak Cik Jamal, sedikit risau.

-Assalamualaikum, Pak Cik...Awat tak habaq nak mai ramai nie...???Alahai meja penuh la Pak Cik.

-Waalaikumussalam...

Mesra senyum Pak Cik Jamal.

-Ala...tak plan la Naz...ehhh...Amir, Joe, Zairy...ni la tokei kedai nie...single lagi nieh...

Pak cik Jamal sempat mengenalkan dia pada lelaki-lelaki yang tiba dengan STORM tadi. Termalu dia dengan ayat tak tersangka dari Pak Cik Jamal.

-Hi...Pak Cik nie, ni kedai abah Naz la. Cuba tengok nama dia.

Nazla tersenyum mesra. Pak Cik Jamal memang peramah orangnya. Melayan Nazla bagai anak perempuannya sendiri. Kalau makan di situ dia akan meminta Nazla yang melayaninya sendiri.

-Erm Pak cik, sekejap.

Nazla menarik tangan Pak cik Jamal jauh sedikit dari lelaki-lelaki tadi.

-Pak Cik, meja penuh la...Pak Cik kisah tak kalau Naz sediakan makan di bawah pokok tu. Tapi kena bersilalah atas pangkin tu. Kalau Pak cik tak kisah la.

Pak Cik Jamal tersenyum mesra.

-Boleh sangat la tu. Naz masak untuk Pak Cik yer..

-Terima kasih yer, Naz mintak maaf, meja penuh tak dapat nak suruh Pak cik makan dalam kedai. Apa kata Pak cik tuliskan order kat kaunter dulu. Biar Naz siapkan tempat makan.

Pak Cik Jamal hanya menurut kata. Dia memang telah biasa dengan Nazla. Memanggil anak buahnya ke kaunter untuk menguruskan order. Nazla telah hilang ke dalam kedai. Tak lama kemudian dia tiba dengan penyapu dan juga sebidang tikar. Selesai menyapu pangkin yang tersedia. Tikar dibentangkan. Setelah penyapu disimpan dia kembali menjemput Pak Cik Jamal ke tempat yang telah tersedia.

Pangkin itu sengaja dibina, untuk dia, keluarga dan para pekerjanya berehat bila tiada pelanggan. Kadang-kadang mereka makan-makan di situ. Sengaja Nazla menyuruh Aidil, pekerjanya menghantar teh o ais untuk Pak Cik Jamal dan kawan-kawannya sementara menunggu makanan di hidang. Aara sedang sibuk menyediakan puyuh berempah dan ikan asam pedas yang di pesan Pak Cik Jamal. Memang begitulah kalau dia ada di kedai. Pak Cik Jamal memang akan meminta dia yang sediakan.

Nazla turut membantu pekerjanya menghidang makanan.

- Zairy, Naz ni pandai masak tau. Kalau Pak cik ni tak kawin lagi memang pak cik pinang dia. Ajak dia jadi bini nombor 2 tak mau pulak.

Pak cik Jamal ketawa. Mereka yang mendengar turut tertawa. Pak Cik Jamal memang orang yang kuat bergurau. Merah muka Nazla mendengar gurauan Pak Cik Jamal. Jelas Pak Cik Jamal berpuas hati atas makanan dan layanan yang mereka sediakan. Syukur. Rasa sedikit bersalah kerana terpaksa meminta pelanggan tetapnya bersila di pangkin itu.

2 comments:

  1. Salam Kenal.

    ada sambungan tak ni ? saya tunggu...

    ReplyDelete
  2. hi..ader..insyaAllah...kene curi masa la dear...jemput to akuletu-naa@blogspot.com as well...tq for reading...

    ReplyDelete