Friday, August 6, 2010

Luka itu dalam, hingga pedihnya sudah hilang rasa...

Aara termenung di tikar sembahyang. Hatinya resah, entah keputusan ini betul atau tidak. Hatinya masih tercalar dek kecurangan Hazril. Terkadang rasa pedih itu muncul dalam jiwa. Mencipta amuk tanpa rela. Menghembus angin benci. Hazril masih dibuai mimpi. Tidurnya resah. Tidurnya asyik berkalih, bagai diulit mimpi yang meresah.

-Naz, maafkan i....i hurts your feeling...i am really sorry sayang...

Aara terkesima. Hazril mengigau. Dan dia mula resah dengan kebenaran itu.

-Abang....

Bahu Hazril ditepuknya perlahan. Matanya tertancap pada resah wajah Hazril. Ada air mata di sudut mata lelaki itu. Bibir Aara bergetar. Hazril terkejut. Matanya di buka perlahan. Aara dipeluknya. Kejap!.

-Naz, i am really sorry....

Hazril menangis. Air mata Aara mula mengalir. Benar Hazril mencintai Nazla.

-Abang...ini Aara...bukan Nazla.

Aara bersuara perlahan, berselang seli dek sendu. Hazril bagai tersedar ke alam nyata. Pelukan itu dilepaskan. Dia tertunduk di depan Aara. Wajahnya kusut.

-Abang....

-Maafkan abang Aara....abang telah melukai Aara...

Tangan Hazril digenggamnya. Hazril hanya membiarkan. Hanya sunyi yang ada antara mereka.

-Aara yang bersalah...Aara abaikan abang hingga abang lupa pada Aara...
Aara mula menangis. Sayu benar hatinya. Sungguh dia tidak pernah menyangka Hazril akan jatuh cinta pada perempuan lain. Dia seorang yang berjaya dalam kerjayanya. Dikagumi, namun dia gagal mempertahankan cintanya.
Hazril hanya membisu. Dia bersalah, terutama pada Aara. Dia bersalah kerana tidak mampu mempertahankan akad cinta yang dia lafazkan. Nazla, gadis biasa itu membuatkan dia ingin selalu disisi. Cinta dihatinya hadir tanpa sedar, betapa setiap saat hatinya resah kerana dia tahu dia tak mampu memiliki Nazla. Namun dia tidak boleh menidakkan tanggung jawabnya pada Aara.

Aara dipeluknya. Tiada patah kata yang terungkap. Hanya tangis bersama mereka.
******
Memaafkan tak semudah yang disangka sebenarnya. Redha itu juga bukanlah semudah apa yang dituturkan. Fikiran Aara sesak. Sangkanya dia masih lagi orang penting dalam hati Hazril. Namun keyakinan itu bagai hilang dari hatinya. Dia kini terasa sangat asing dalam perkahwinan ini. Inikah permainan takdir?.Entah!, hati mula bergolak, bagai ombak ganas membentak seluruh pelusuk jiwa.

Hatinya pedih. Sayu terasa. Aara meneruskan zikir. Setiap kali tutur kalimah suci itu juga dia menangis, meminta pada Yang Esa moga geruh yang bertandang pergi jauh. Meminta agar dia diberi kekuatan dan petunjuk menghadapi krisis ini. Air matanya bagai hujan. Zikir yang dialunkan Aara begitu sayu bunyinya. Diselang seli sendu yang semakin kuat

Hazril terjaga dari lena dek sendu Aara. Dia benar-benar sayu. Betapa dia telah melukai orang kesayangannya. Air mata lelakinya tertumpah. Bantal dipeluknya erat. Sesungguhnya dia rasa sangat bersalah atas apa yang berlaku. Dia juga tahu hati Aara dan Nazla terluka kerananya. Kini perkahwinannya menjadi taruhan. Dia masih sayangkan Aara. Namun kala ini dia sendiri buntu.

No comments:

Post a Comment