Friday, July 23, 2010

Untuk apa lafaz itu?

Nazla melangkah berat kepejabat. Dia akan meninggalkan apa yang telah dia usahakan selama ini. Keputusan ini berat. Namun dia hanya boleh memilih satu sahaja biar dia terpaksa menapak semula. Jaket coklat gelap itu kelihatan sangat cocok dengan gaya formalnya. Dengan lafaz Bismillah dia melangkah menuju teksi yang telah sedia menunggu di depan rumah. Perasaan sedih dan kelam itu masih ada. Wajah itu kelat.

Mr Daniel sedia melepaskan Nazla. Dia telah diberitahu sejak seminggu lalu. Surat perletakan jawatan Nazla juga telah diserahkan pada Sumber Manusia. Dia juga tidak ingin kehilangan orang yang berbakat seperti Nazla. Namun dia juga mengerti hasrat Nazla ingin menceburi perniagaan. Nazla tiba 15 minit awal. Ramai yang menegur tentang dia yang semakin cengkung. Hanya senyuman yang mamou dibalas. Dia tidak banyak bercakap seperti selalu.

-Naz.....

Nazla terpempan. Suara itu sangat dikenalinya. Hazril berdiri debelakangnya. Tangan Nazla mula menggeletar. Dia cuba menahan rasa terkejutnya. Perasaan yang bercampur baur.

-Naz, allow me to talk to you in private.

Nazla hanya mengangguk. Mereka beriringan ke bilik mesyuarat. Yang lain hanya membatu
Mereka duduk setentang. Hanya kebisuan yang ada pada mulanya.

-How's Aara and Kamil?

Nazla bersuara. Sangat perlahan. Sedikit bergetar.

-She is recovering. Kamil dah start to smiles.
Suasana sunyi kembali. Hazril memandang Nazla. Betapa dia rindukan gadis comel itu.

-I....i nak mintak maaf dengan you.

Nazla cuma diam. Lama.

-Benda dah jadi.....tapi i masih tak boleh maafkan you. Apa salah i pada you?.
Wajah Nazla kosong. Dalam sinar matanya hanya ada kekosongan.

-I tahu Naz, it is my fault......i faham kalau u tak boleh maafkan i...i am truly sorry yang..

-Yanggg, please dont call me if you never mean it....i am never ur loves...tak cukup lagi apa yang u dah buat pada i Hazril?...

Nazla ketawa sinis. Hatinya benar-benar benci pada Hazril. Tiba-tiba perasaan itu begitu meluap.

Hazril membisu seribu bahasa. Dia tertunduk.

-I bersalah, tapi cinta i pada u benar.

-Shut up...stop all those nonsense...you never know how to appreciates loves...i hope that i will never meet u...

Nazla terus keluar. Hatinya panas.

No comments:

Post a Comment