Friday, July 9, 2010

Nazla : "Ya Allah permudahkanlah segalanya..."

Nazla termenung di tepi kolam ikan abahnya. Abah dan mama memerhati dari jauh. Wajah itu masih kusut. Mama Nazla memandang abahnya. Bagai berbicara dalam diam. Abah melangkah ke arah Nazla.

Nazla masih lagi dalam dunianya. Wajahnya masih merenung ke dasar kolam. Kehadiran abahnya pun tidak disedarinya. Abahnya duduk disebelah. Nazla masih begitu.

-Nana...

-Abah?...bila abah kat sini.

Nazla sedikit terkejut. Cepat-cepat dia tersenyum. Namun senyum itu hambar.

-Anak abah masih sedih?

Lama Nazla membisu. Cuba membendung duka yang masih hangat di pelusuk jiwanya. Dia hanya menunduk bisu, menguis pasir dikakinya.

-Anak abah yang manja ni kan tabah orangnya kan?. Ingat lagi pesan abah sayang. Dugaan Allah akan datang dalam pelbagai cara sayang. Abah tahu anak abah kuat orangnya. Abah juga tahu anak abah ni baik hati orangnya. Dia takkan lukakan orang lain kan sayang?..

Air mata mula tumpah. Dia telah memeluk abah. Hanya sendu yang ada. Namun Nazla tidak bersuara.

-Sabar Nana sayang. Mari ikut abah. Semakin sati hati Nana, Nana mesti makin ingatkan Dia. Hanya dia yang dapat bantu Nana jadi tabah. Bismillahhirrahmanirranhim. AlluhummaYassir Wala Tuassir...' Ya Allah, kepadaMu kami bermohon, permudahkanlah sesuatu yang susah itu. Amin Yarabbalamin

Lembut suara abah mengalunkan doa itu. Dan Nazla dalam sendu melafazkan doa itu bersama abahnya. Bagai ada satu kekuatan meresap dalam jiwanya. Dia mesti tabah. Bukan dia yang bersalah. Walau dia tahu hatinya sangat luka. Dia tahu cintanya kali ini sangat perit. Namun dia tidak ingin menjadi duri dalam rumah tangga Aara dan Hazril. Tidak sekali!.

Agak lama, Nazla mula bersuara.

-Abah, maafkan Nana. Nana tak pernah tahu abah. Kalau Nana tahu, Nana takkan jatuh cinta dengan dia.

-Abah tahu anak abah. Ini dugaan sayang. Nana jangan ikut hati. Abah percaya pada anak abah. Abah juga tahu anak abah akan selesaikan perkara ini dengan baik sebab anak abah ini bukan sebarang perempuan. Abah tahu orang lain suka ambil kesempatan atas kebaikan hati anak abah ni. Tapi anak abah ni hatinya halus, dia takkan membalas. Abah bangga dengan Nana. Abah sangat bangga dengan Nana.

-Terima kasih abah. Abah, Nana dah fikir pasal cadangan abah. Nana nak terima tawaran abah. Kita bukak kedai makan tu.
Nazla tersenyum. Hatinya lapang. Terpancar cahaya dimatanya.

-Ini baru betul anak abah yang nakal tu.

Hidung Nazla dipicitnya. Tubuh anak gadisnya dipeluk dengan penuh kasih. Ini anak bongsu kesayangannya. Nazla jenis yang keras kepala. Biar dia yang paling kecil dia lebih suka berdikari. Dan walau sedari kecil kelihatan kasar namun buat yang mengenali pasti akan tahu yang dia tersangat manja.

-Minggu depan Nana nak balik JB uruskan semuanya. Nana naik flight jer.

-Macam tu la anak abah.
*******************************

Nazla tiba dibumi Tanjung Puteri. Tibanya kali ini untuk menguruskan urusannya dipejabat dan juga urusan perpindahan kembali ke kampung halamannya. Cukuplah atas apa yang berlaku. Biar kasihnya masih ada untuk orang-orang di sini. Namun luka itu sangat dalam. Masih berdarah. Dia mesti tabah demi keluarganya, demi dirinya sendiri, juga demi keluarga Hazril. Nazla menarik nafas dalam sebaik kakinya tiba di Lapangan Terbang Sultan Ismail Senai.

"Ya Allah, Permudahkanlah urusanku Ya Allah"...
Doa itu berlagu memenuhi ruang hatinya yang paling dalam. Kakinya melangkah tenang dan ringan. Harapannya besar. Biar apa yang terjadi dia tidak akan berganjak dari keputusan ini.

No comments:

Post a Comment