Monday, June 28, 2010

Mencari cinta...

Aara semakin pulih. Syukur kehadrat Ilahi. Pemulihannya juga amat memberangsangkan. Mungkin juga kerana semangat dan dokongan insan sekelilingnya. Kerana Kamil Adhan juga. Dia perlu bangkit demi Kamil Adhan. Dia tak mengerti apa-apa. Hazril juga makin pendiam. Mungkin jiwanya masih penuh rasa bersalah. Entah yang tahu hanya dia dan Yang maha Esa.

Kadang-kadang terasa begitu sukar untuk memulakan bicara tika mereka berdua. Sedangkan sebelum ini mereka bagaikan isi dengan kuku. Hazril adalah sahabatnya, lama dulu. Kerana keserasian itu juga mereka memilih untuk membina mahligai bersama. Namun sejak kemalangan itu hatinya sedikit terusik. Kebenaran yang tersingkap membuatkan hatinya luka. Siapa sangka dia perlu berjuang mencari cinta antara mereka. Mencari kasih Hazril yang kini makin pudar padanya. Mungkin itu juga salahnya. Dia makin mementingkan kerjayanya. Hingga makin melupai tanggungjawabnya pada Hazril. Namun mengapa Hazril memilih untuk tidak berjuang mempertahankan cinta yang sebelum ini dia janjikan. Aara tenggelam dalam seribu persoalan yang menyesak benak!

-"Sayang...next week InsyaAllah will be your last week here. Would you like to balik our house?"

Hazril bertanya sambil tangannya sibuk mengacau air milo untuk Aara. Aara makin sepi dengannya. Tiada lagi senyum manis di wajah itu. Hazril kekadang rasa rindu pada Nazla. Rindu pada degil Nazla.

-"Hmmm...Nak balik rumah mama dan papa dulu. Nak rehat di sana dulu. Boleh?"
Hazril terdiam. Dia telah menyangka itu. Namun masih berharap andai Aara akan berkata sebaliknya. Hatinya sedih dengan jawapan itu. Itu salahnya.

-"Hmm ok sayang..."

Yang ada hanya kebisuan antara mereka. Lama begitu. Tiba-tiba Hazril mengenggam erat tangan Aara.

-"Sayang...abang bersalah...pada sayang..juga pada anak kita. Abang tahu susah untuk sayang maafkan abang. Namun abang sayangkan perkahwinan kita. Abang sayangkan Sayang...anak kita...Maafkan abang".

Tangan Aara digengamnya. Diciumnya berulang-ulang. Hazril menangis. Aara hanya kaku. Tipulah kalau hatinya tidak terusik. Dia hanya perempuan. Kasihnya masih utuh pada Hazril. Hatinya masih sakit atas kecurangan itu, namun cinta itu masih ada. Dia tertangis. Mereka berpelukan. Hanya sendu yang ada. Namun dalam diam hati seolah berbicara. Menyiram cinta yang dibina dengan kasih yang masih membara. Mereka sedar mereka hanyut dalam mempertahankan mahligai yang mereka impi dan idamkan.
Lama juga mereka begitu. Tangan hazril diciumnya. Hazril membalas dengan ciuman dii dahi Aara.

"Abang...Aara maafkan abang.... Aara mahu abang cari Nazla. Minta maaf dengan dia...abang dah lukakan dia"

Aara bersuara dalam sendu. Hazril terkesima dengan permintaan itu. Dia hanya menunduk sepi. Menyapu air mata denagan tangannya.

"Aara tahu abang dah jatuh cinta pada Nazla. Aara tahu sayang abang dah mula berputik untuk dia. Dia tak layak untuk disakiti untuk itu. Pergilah jumpa dia. Minta maaf padanya. Aara mahu abang dapat kemaafan dia. Kasihan dia abang..."

"Aara sayang...."

No comments:

Post a Comment