Monday, June 14, 2010

Hati yang telah disakiti.....

Aara kini dirumahnya. Hazril sedang berbaring di sofa. Tangannya di dahi. Wajahnya benar-benar kusut!. Teringat Aara. Saat mula-mula mereka baru bernikah. Hazril sering memanjakan dirinya. Kadangkala bila terlalu letih dia tertidur di situ menunggu Hazril. Bila sedar dia sudah di bilik. Betapa bahagia rasa hati. Tidak pernah terlintas Hazril akan mencuranginya!

Semua mimpi indah itu telah pergi. Apa yang terjadi selepas ini tiada siapa yang tahu. Aara sendiri masih koma. Hazril?. Entah dia sendiri masih tertanya, kenapa ini semua berlaku. Hanya Hazril yang punya segala jawapan untuk itu. Cintakah dia pada Nazla?. Persoalan mula bergema di dalam jiwa Aara. Wajah Hazril yang menangis tadi jelas di depan matanya. Dia yakin Hazril menyintai Nazla, itu kenyataan yang ingin dia buang jauh. Hazril suaminya. Cintanya sepatutnya untuk dia dan Kamil Adhan. Namun dia sedar, gadis itu punya hati yang sangat luhur. Siapa saja akan jatuh sayang.

Hazril hanya membisu. Tiba-tiba terdengar pintu rumah diketuk. Hazril bangun membuka pintu. Lucian di jemput masuk.

-Beb, i just got to know.

Perlahan benar suara Lucian. Lucian sendiri buntu. Nazla kawannya, begitu juga Hazril. Dia sendiri marahkan Hazril. Tapi siapa dia untuk menghukum. Dan dia benar-benar terkejut bila Hazril ingin dia datang kerumah lelaki itu.
Hazril hanya menunduk. Wajahnya keruh.

-It's my fault bro. I hurts her damn bad. My family as well....

Lucian hanya memegang bahu Hazril. Dia sendiri sudah hilang kata.

-You can tell me bro.

-At first I just want to scandal with her. But when time flies, i start to loves her damn bad. I wish that i can just hold her. She is really special. i ingat i nak bagitahu dia the truth. Tapi bila i makin sayang pada dia i takut she cant take it. She is so fragile. Dan akhirnya semua kebohongan i pecah!. I hurts her. My wife also! Dan sekarang i telah sakiti 2 orang yang i sayang!

Air mata Hazril tumpah. Aara hanya berdiri kaku. Hatinya berkecai. Suaminya telah jatuh cinta pada Nazla. Namun yang ada bukan marah. Terasa separuh dirinya hilang. Terasa diri seperti daun yang gugur. Entah di mana dia akan berlabuh.
Aara mula menangis. Ada air mata mengalir ditepi matanya. Namun tubuh itu masih terbujur kaku.
******
Nazla memandu dengan laju. Hatinya sangat resah. Perjalanan itu tidak terasa penat. Dia hanya ingin tiba di rumah abah secepat mungkin. Akhirya dia tiba di Taiping. Abah dan mama jelas terkejut dengan kepulangannya.

Nazla terus memeluk abah ketika bersalam. Dia menangis lagi di bahu org kesayangannya. Abah dan mama memeluknya erat. Luka ini terlalu dalam buat Nazla. Betapa dia berharap dia tidak pernah jatuh cinta pada Hazril. Berharap semuanya hanyalah mimpi. Kepedihan itu masih segar.

Nazla tidur disebelah mamanya. Baru terasa kepenatan. Dia hanya terjaga bila digerak mama untuk solat Zuhur. Mereka berjemaah. Selepas itu makan tengah hari bersama. Nazla semakin tenang. Hatinya makin lapang.

No comments:

Post a Comment