Tuesday, June 1, 2010

Nazla: Kalaulah ianya hanya mimpi, tentu aku tidak sesakit ini...

Nazla merebahkan diri ke katil. Tingkap dibuka seluasnya. Angin petang menderu ganas. Langit semakin kelam. Pasti hujan lebat selepas ini. Wajahnya masih kelam. Sekosong hatinya.

Dia begitu berharap dia akan melupakan semuanya. Betapa bahagia kalau semua itu hanya mimpi. Tetapi siapa dia untuk menolak takdir. Air mata mengalir. Makin lama semakin lebat. Dia mula hanyut dalam sendu.

Aara hanya mampu memandang. Dia mula sedar dalam kisah ini bukan dia sahaja yang menderita. Kasihan Nazla. Sejak tersebarnya kisah Hazril yang beristeri. Ramai yang memandang serong pada Nazla. Menuduh yang tidak-tidak pada gadis itu. Nazla kian pendiam. Duka adalah kawan rapatnya. tangisan adalah permainannya kini. Aara hanya mampu melihat. Kenapa bila kecurangan itu hadir dari insan yang bergelar lelaki namun yang dipersalahkan adalah perempuan. Sedangkan Nazla tidak pernah tahu. Hanya kerana dia bukan seorang isteri pada Hazril maka dia jadi mangsa tuduh tanpa boleh mempertahankan diri. Terfikir sendiri, kalau dia di tempat Nazla. Adakah sanggup dia berdoa pada insan yang tak pernah dikenali. Membisu biar dituduh yang tidak-tidak. Luhurnya gadis itu.

Tiba-tiba telefon bimbit Nazla berbunyi. Nama Hazril diskrin!. Nazla hanya membiarkan. Lama! Tidak lama selepas itu terdengar bunyi loceng pintu dan ketukan kuat di pintu. Nazla turun ke bawah. Aara hanya mengekori. Pintu di buka.
-Hazril?...

Nazla terkejut.

-Naz, can i see you?..

Nazla masih lagi kaget.begitu juga Aara. Lama begitu. Hazril yang kusut di depannya dipandang sepi. Lelaki itu merayu untuk bebual dengan Nazla.

-Baliklah...tiada apa yang perlu kita bincang. I bukan sesiapa dalam hidup you.

Cukuplah Hazril. Tak cukup ker apa yang youn dah buat pada I?. I dah dihina semua orang. Dan kalau you fikir i gembira , yes! I sangat gembira. Sebab you lelaki yang hebat. Sebab you i dipandang serong! di tuduh macam-macam. Baliklah....jangan pernah muncul dpn i...cukuplah drama you...cukuplah...

Nazla yang tadi ketawa kini terduduk di pintu. Yang ada hanya air mata. Dia tidak sekuat mana. Aara terasa ingin menjerit pada Hazril. Hazril duduk didepan pintu. Memegang tangan Nazla di celah grill pintu. Hazril menangis! Untuk Nazla!

-Naz, maafkan I...maafkan I.....

Hanya perkataan maaf yang ada. Nazla masih hanyut dalam kolam kesedihan. Hanya sendu yang ada. Dia sudah hilang patah perkataan untuk dibicara.

-Baliklah. You dah sakitkan hati I. Puaslah hati you. Jangan tambah lagi. kasihanlah pada I Hazril....tolonglah.

Nazla menutup pintu rumah dengan kuat. Dia bersandar dipintu, menyambung tangis yang tak mahu berhenti. Hazril melangkah perlahan ke kereta. Dia termenung. Agak lama sebelum meninggalkan rumah Nazla.
Nazla terus kebilik. Mengambil beg dan memasukkan pakaian kedalamnya. Air matanya masih bersisa. Tingkap bilik ditutup. Gadis itu memandu dengan laju menuju ke arah Utara tanah air.

Aara kini dirumahnya. Hazril sedang berbaring di sofa. Tangannya di dahi. Wajahnya benar-benar kusut!. Teringat Aara. Saat mula-mula mereka baru bernikah. Hazril sering memanjakan dirinya. Kadangkala bila terlalu letih dia tertidur di situ menunggu Hazril. Bila sedar dia sudah di bilik. Betapa bahagia rasa hati. Tidak pernah terlintas Hazril akan mencuranginya!

No comments:

Post a Comment