Monday, May 24, 2010

Berat..............


Nazla melangkah lemah. Kaki terasa amat perat. Fikiran yang tersangat serabut. Dia rasa bersalah pada Aara dan Kamil Adhan. Hati berperang hebat.

-"Naz, Hazril yang memulakan semua sandiwara ini!!!...Not you!!!"

Bergema jeritan dalam hati. Namun hatinya masih sukar menerima kenyataan itu.

-"Apa salah Naz?....."

Sayu dalam hati. Air mata meleleh tanpa sedar. Auda memandang sepi pada Nazla. Gadis itu benar-benar hilang arah sejak Aara kemalangan. Teringat dia ketika makan di kedai favorites Nazla. Bualannya bagai angin lalu. Gadis itu sesat dalam alamnya sendiri. Bila di tanya, dia cuba berlagak tiada apa-apa. Namun seolah-olah didepannya ialah orang lain. Wajahnya tersangat sayu. Yang ada hanya roman kesedihan. Berkali juga dia melintas tanpa melihat kiri kanan! beberapa kali juga hampir kemalangan!.

Kelmarin mereka hampir dilanggar oleh sebuah Mitsubishi Storm bila Nazla menukar laluan tanpa melihat. Hampir terccabut jantungnya terkejut!. Namun Nazla bagai tiada perasaan. Sampainya dirumah Nazla tidak keluar. Bukan marah kerana dileter teruk oleh Auda. Tapi tetiba dia menangis yang amat.

-Maafkan Naz...maafkan Naz.

Tidak pernah dia lihat Nazla menangis begitu. Lama dia begitu. Dan Auda sendiri kalah. Dia juga menangis. Nazla itu bagai adiknya. Biar mereka bukannya darah daging. Namun gadis itu baik hati. Biarpun dia kadang-kadang agak kasar orangnya. Kalau mengenalinya dengan rapat orang mudah sayang padanya. Gadis yang manja dasarnya. Itu Nazla!!!...

-Sabarlah Naz, akak faham. Pinta dari dia. Akak tahu Naz tak bersalah. Naz orang yang baik. Allah akan bantu Naz lupakan semuanya.

Nazla masih diam. Bisu seribu bahasa. Senyum terukir. Namun tersangat suram dan beku. Bagai orang yang terpaksa.

Kenangan lalu hadir di minda bagai tiada tepinya. Teringat pertama kali di party bersama Hazril. Kenangan perbentangan bersama. Mereka gandingan yang serasi di pejabat. Alhamdulillah hampir semua project mereka berjaya dengan jayanya.
Kenangan makan di kedai kesukaan mereka. Bergurau! Dan Hazril sering memanjakan Nazla bila berdua. Semua orang tahu Hazril itu bengis orangnya walaupun kuat bergurau. Namun bila ada Nazla, semuanya berubah. Dan mereka sering digandingkan bersama dalam setiap tugasan. Dan itu sebenarnya semakin merapatkan mereka. Mereka makin rapat. Cinta bercambah!.

-Yang....i nak balik kampung. You jaga diri yer!

-Ok....kirim salam semua yer. See you another week.

-Ok, will miss you!

Sunyi benar tanpa Hazril. Namun dia ego. Dia takkan menelefon Hazril. Tiba-tiba telefonnya berbunyi. Nama Hazril terpampang di skrin.

-Yup

-Hai Yang....how are u?. I tengah berkelah ni. Wish u are here.

Nazla tersenyum. Macam tahu jer org tengah rindu.

-Yer la tu. Enjoy the picnic. I kena kejer la yang. kang kalau I cuti siapa nak cover project kiter. Jangan lupa my ole-ole tau. Pulang dengan selamat! Tau???..

-Yer yang, got to go, miss u. Muahs!

Begitulah yang terjadi bila Hazril atau dia bercuti. Pasti lelaki itu akan menelefonnya atau SMS. Mereka bukan jenis orang yang akan bertelefon lama-lama. Namun entah keserasian terlalu ketara. Hazril suka membuat surprise pada Nazla. Masih teringat pada awal Hazril di pejabat itu. Ramai yang ingin mengenali Hazril. Gayanya dengan wajah yang tampan siapa saja kan tertawan. Tetapi tidak Nazla. Dari mula dia dingin. Dia memang begitu. Siapa pun akan mengomen benda yang sama. Gadis itu memang nampak sombong pada mula perkenalan.

Satu persatu kenangan itu menghimpit jiwanya. Dia berperang dengan perasaannya.

"Ya Allah, berikan aku kekuatan. Biarlah aku lupakan dia."

Nazla berdoa. Memohon kekuatan dan ketabahan dari Yang Satu!
Dia melangkah sayu. Menuju wad CCU di Hospital Pakar Johor. Kaki melangkah lemah ke wad Aara. Wayar masih penuh diwajah dan tangannya. Namun wajah Aara sudah kurang pucatnya. Seperti kata Ramlah. Itu petanda positif. Namun tiada siap dapat menentukan apa yang akan terjadi. Sudah hampir 7 hari wanita itu koma. Tiada reaksi. Namun, dadanya masih berombak lemah tanda diri masih bernyawa.

Nazla membuka Yasin yang dibawa. Ayat dialunnya perlahan. Tanpa sedar air matanya mengalir sama. Dia sedar siapa yang terbaring. Mereka tak punya sebarang pertalian. Jauh sekali kawan. Namun hatinya sayu. Kasihan Kamil Adhan.

Aara berdiri di hujung katil. Matanya tertancap pada Nazla. Tidak hairan mengapa Hazril jatuh cinta pada dia. Hatinya terlalu baik. Terasa ingin dia mengucapkan terima kasih pada bacaan dan doa itu. Ingin mengenali Nazla. Namun bagaimana?. Dia kini hanya roh. Nazla tidak dapat melihat dan mendengarnya. Namun kalau dia bangun sekalipun bagaimana harus dia mulakan bicara.

-Aara, bangunlah. Maafkan saya. Bangunlah demi Kamil Adhan. Kasihan dia. Saya rela awak marahkan saya. Bangunlah untuk anak awak. Bangunlah....

Tangan Aara diusap perlahan. Namun tiada balasan. Aara masih terbujur kaku di situ. Kamil telah dibawa pulang oleh Hazril semalam. Ramlah telah memberitahu Nazla semalam. Dengar khabar di bawa pulang kerumah ibu bapa Aara. Entah kenapa dia sayang pada sikecil itu. Biar dia bukan miliknya.

Berat benar kaki ingin melangkah. Kepalanya tertunduk meninggalkan Hospital Pakar Johor. Aara mengikut Nazla. Entah mengapa dia mula sedar, mereka adalah mangsa dari apa yang di reka suaminya. Nazla bukanlah seperti apa yang di duga. Kerdil rasa diri melihat keikhlasan dan murni hati seorang Nazla.

No comments:

Post a Comment