Friday, May 21, 2010

Hazril cemburu?...


Hari ini hari yang sangat sibuk. Nazla benar-benar tertekan. Dateline untuk project baru. Janji temu dengan pelanggan. Kertas kerja masih ada separuh untuk di semak sebelum mesyuarat esok. Semuanya membuatkan dia benar-benar tertekan akhir-akhir ini. Dari tadi dia tidak nampak Hazril. Mungkin dia pergi ke pejabat pelanggan untuk mengambil beberapa malumat untuk pembentangan esok. Entah!.

Hazril banyak mendiamkan diri 2-3 menjak ini. Bila ditanya jawabnya penat. Nazla memahaminya. Mereka sibuk mengejar dateline yang diberi pelanggan. Bekerja sebumbung membuatkan mereka lebih memahami. Nazla sendiri bukan jenis perempuan yang akan bertanya lanjut sekiranya alasan kerja di beri. Baginya seorang lelaki haruslah seorang yang mementingkan kerjaya. Kerana di situ dapat dilihat sikap bertanggungjawab mereka.

Ajakan Lucian untuk turun ke Kafeteria di terima dengan hati yang gembira. Dia masih belum makan. Penat asyik memandang skrin komputer. Kerja tak akan pernah habis. Mereka makan di tempat kegemaran dia dan Lucian. Lucian memang sayangkan Nazla.

-Naz, kalau i cintakan you, you boleh terima i tak?

-Hah?...boleh...tapi you dah lambat la.

Nazla tersenyum. Itu bukan kali pertama Lucian bertanya. Sejak dia putus dengan Gina, lelaki itu pernah meminta benda yang sama dari Nazla.

Lucian ketawa.

-See, muka you mesti berubah kalau i tanya macam tu. I wish that you tak suka Hazril dulu. Apa pun i want you to know that, i always loves and care about you. Andai Hazril tinggalkan you, i nak you be my loves one.

Terkesima Nazla mendengar ucapan Lucian. Wajahnya bertukar serius. Dia sayangkan Lucian, tapi cintanya lebih banyak pada Hazril. Lucian sendiri maklum tentang perkara itu. Lucian memang berterus terang orangnya. Dengan Nazla dia tidak pernah menyembunyikan perangai sebenarnya. Dia rasa senang dengan Nazla.

-Hmmmm...thanks Yang. Sanggup ker you tukar Agama to be with me?. To be honest, if one day we become couple, i nak you jadi Muslim sebab hati you bukan kerana you nak kahwin dengan I. I tak baik sangat, tapi in case something happen to me in the middle, i tak nak you tiba-tiba tukar Agama.

-Eiiii....why so serious my dear?. Geram i tengok muka you serius. Rasa nak cium jerk!

Lucian tersenyum sambil tangannya menarik hidung Nazla. Entah bila Hazril tiba di situ. Mereka berdua tersenyum. Hazril terus duduk di sebelah Nazla. Sengaja dia merapatkan kerusinya dengan kerusi Nazla. Wajahnya tegang. Beg diletak di atas meja, kasar. Lucian memandang Nazla.

-Kenapa nie? You looks so tense.

-Penat!

Kasar jawapannya. Pandangannya tajam pada Lucian. Hazril hanya membisu. Selepas makan dia terus bergegas ke pejabat. Nazla memandang dengan hairan.

-Naz, Hazril is jealous. He really loves you.

Lucian bersuara setelah Hazril meninggalkan mereka.

-What?.

Sekali lagi Nazla terkejut. Kata-kata Lucian membuatkan dia terfikir. Ini bukan kali pertama. Seringkali bila ada lelaki yang mendekati Nazla, Hazril akan bersikap begitu walaupun dia cuba mengaburi semua orang dengan sikap "Cool" nya. Pernah sekali dia sengaja tumpahkan air pada Adam. Hanya kerana lelaki itu membantu dia mengangkat fail-fail pelanggan di pejabat. Itulah Hazril. Lelaki itu sedikit panas baran, namun dia tidak pernah berkasar pada Nazla.

-Entahlah Yang. Sometimes i just cant understand him. Mengalahkan perempuan pulak kekadang. He is ego. He never ngaku that he loves me.
Wajah Nazla mula muram. Lucian tersenyum. Gadis itu memang sayang pada Hazril. Makin ketara pada perlakuannya.

-You yang tak perasan kot?. Hmmm..he is ego. But in his eyes, he does loves you.
Nazla cuma mendiamkan diri. mungkin benar apa yang Lucian bicarakan. Mereka kembali kepejabat. Hazril hanya memandang sepi pada Nazla. Kalau tidak ada sahaja yang dia bualkan. Atau paling tidak, memujuk Nazla buatkan air untuknya dan mereka akan berkongsi berdua.

No comments:

Post a Comment