Sunday, May 2, 2010

Dimanakah kebenaran itu berlabuh?....

Aara terkedu. Pandangannya kosong. Kehadiran Fida benar-benar mengejutkannya. Kata-kata Fida mula bergema di seluruh jiwa.

-"Kalau your wife tak accident, no one will know you ni ada isteri kan?...you memang hebat!"

-no one knows that i am his wife? what the hell is going on?


Terasa ingin menjerit, meminta sebuah penjelasan dari Hazril. Kebenaran ini memang terlalu pedih. Patutla dia tak pernah kisah aku balik kerumah papa selalu. Kenangan mula terimbau di benak fikiran. Satu persatu menjelma menyesak jiwa.

-Kenapa abang?...apa salah Aara pada abang?. Kenapa abang tak pernah beritahu status abang pada semua?....

Sesak dada dihimpit persoalan yang tak terjawab. Hazril masih tunduk. Membisu seribu bahasa. Terkesan benar dia dengan kata-kata Fida.

Fida itu gadis yang manja. Gadis itu seorang yang outgoing. Namun semuanya berubah sejak khabar angin tentang dia sudah beristeri tersebar. Kawan Fida terjumpa dia dan Aara di sebuah klinik. Sejak itu dia mula perasan yang gadis itu makin kasar dengannya. Malah dia sendiri terus melarikan diri selepas itu.

Fida bersemuka setelah sekian lama. Memuntahkan kebenaran yang diketahuinya.
Hazril hanya membisu. Tiada sebarangg komen. Akhirnya mereka semakin dingin. Namun dia sendiri hairan kenapa Fida tak pernah membuka mulut pada sesiapa tentang statusnya. pernah juga dia bertanya pada kawan Fida. Mereka hanya membisu, malah mengugut dia supaya tidak lagi mengganggu Fida.

Entah apa mimpinya datang ke sini. Terkesima dia dengan sikap Fida yang semakin kasar padanya. Itu kesalahannya. Apa yang berlaku bukannya dari Fida dan Nazla. Dia lah pemulanya. Dia yang menyorokkan semuanya.

Betapa bersalahnya dia pada mereka. Terutama pada Nazla. Tuduhannya memang melampau. Bila tertangkapnya Idham, tidak dapat dibayangkan betapa hancurnya hati gadis itu. Ya Allah...............

Kenangan terimbau pada hari pertama melapor diri. Gadis di sebelahnya, benar-benar menguja perasaan lelakinya. Dia bukan gadis tercantik di situ. Tapi entah, mata suramnya begitu memukau kalbu. Gadis itu manja. Semua orang melayannya bagai gadis kecil. Namun bila dia mula bersuara tentang kerja, dia begitu professional.

Sejak hari pertama, pelbagai alasan direkanya demi mendekati Nazla. Mulanya agak sukar didekati. Kenangan ketika di majlis ulang tahun seorang teman memulakan segala. Setibanya di sana dia mencari Nazla. Gadis itu sedang berbual dengan Lucian dan Sarah. Sungguh comel dengan solekan nipis dan gaun ala barbie doll. Dia terus ke sana. Nazla sedikit terkesima bila dia terus duduk di sebelahnya. Jelas ramai orang yang cuba mendekati gadis itu, namun mereka hanya mampu memandang sepi. Pinggang gadis itu dipeluknya erat. Malam itu dia tidak memberi peluang Nazla didekati mana-mana lelaki. Kebetulan Sarah yang sudah mabuk meminta dia menghantar gadis itu pulang.

Mereka pulang awal. Keretanya dipandu perlahan. sejak itu mereka makin rapat. Biarpun Nazla masih bermain tali dengannya. Dia tidak pernah tahu status Nazla. Hanya setelah hampir 6 bulan barulah mereka menjadi pasangan kekasih. Dia gadis simple tak pernah merungut walau kadang-kadang Hazril tidak bersamanya. Dia yang pada mulanya ingin hanya permainkan Nazla. Satu kepuasan baginya mendapat gadis yang degil mcm Nazla, namun entah bila hati mula jatuh cinta padanya. Hati mula rasa rindu bila tidak melihat Nazla yang manja.

Hingga hampir setahun setengah dia mengenali Nazla, gadis itu masih belum tahu status dirinya. Niat jahatnya berubah bila hati bertaut. Dia mula risau bila dia akan melukakan hati Nazla. Sekian lama status dirinya menjadi rahsia. Namun semuanya terbongkar bila Nazla secara tidak sengaja terjumpa dia dan Aara di sebuah restoran. Bila mana Aara memanggilnya "abang". Nazla jelas kaget. Wajahnya pucat, terkejut. Dia hanya memandang. Pandangannya berkaca. Sejak itu dia melarikan diri dari Hazril. Betapa terlukanya dia. Betapa dia rasa berdosa pada Aara. Namun demi Tuhan dia tak pernah tahu Hazril telah berkahwin. Malah tiada siapa di pejabat yang tahu. Kini gadis itu terbeban dengan tuduhan sebagai org ketiga tanpa rela. Hazril sedar semuanya bukanlah salah Aara mahupun Nazla.Tidak juga Fida!.

Dalam saat genting ini, hati kecilnya rindu pada gadis bernama Nazla.
Nazla sudah tidak menangis lagi. Ada sinar dendam di redup matanya. Dia lebih banyak menyendiri. Tiada lagi lawak bodoh dan tegur mesra di pejabat. Sarah mula risau. Namun bila ditanya, dia menjawab yang dia ok. Hampir 2 minggu begitu. Sikapnya semakin kasar sedikit. Dia kini tak pernah peduli untuk memikirkan perasaan orang lain.

Nazla kini jelas menjadi Nazla yang lain. Semakin bengis, kata-katanya makin tajam. Manjanya seakan hilang. Hatinya makin keras. Dugaan kali ini telah mengubah Nazla.
"Naz, hope u bersabar". Lucian bersuara ketika mereka mkn tgh bersama.
Nazla hanya tersenyum kelat. Jelas senyum yang dipaksa-paksa.

-i ok la dear, no worries ok.

Kata-kata itu bergema dalam jiwa. Hanya senyum kelat dibibir.

Tangannya mula berhenti menyuap nasi ke mulut. Dia mula menguis2 makanan dlm pinggannya. Tangannya sedikit menggeletar menahan rasa. Mata berkaca, namun tiada air mata.

No comments:

Post a Comment