Wednesday, May 19, 2010

Itu Nazla.........


Wahai bulan, bawalah cahaya padaku.....

Nazla masih termenung di luar chalet.

-Apa terjadi Naz?.

Jelas Auda menyedari kesedihan di hati kawannya. Setelah sekian lama tak berjumpa. Selalunya Nazla penuh dengan kegirangan. Namun hari ini wajahnya penuh suram. Duka jelas terpancar dimatanya. Mana "Gila" SiNazla telah pergi?.

-I am ok, maybe tired kot. Banyak kejer la lately nie.

-Beb, aku bukan sehari kenal kau. Kau ada masalah kan?

Auda mendesak. Jelas mata Nazla berkaca. Nazla itu manja. Bagai adik kecilnya. Dia memeluk Nazla. Nazla mula menangis.

-Kenapa semua orang layan Naz macam ni?. Naz ni jahat ker?...

Tangisan makin lebat. Auda memujuk Nazla. Kali terakhir dia lihat Nazla menangis begitu, semasa Idham bermain kayu tiga dengan Zara. Teruk juga mereka memujuk Nazla ketika itu. Akhirnya dia pindah ke JB. Puas dipujuk, namun dia tekad. Gadis itu pergi membawa diri ketempat asing.

Setelah sekian lama dia tidak melihat Nazla begitu. Nazla tertidur. Wajahnya penuh duka. Sesekali dia teresak. Mimpi sedih barangkali. Ada air jernih yang mengalir di tubir matanya. Tanpa sedar Auda mengelap air matanya. Hatinya benar-benar sayu melihat Nazla. Dia benar terluka.

Nazla hanya berdiam diri. Sesekali dia tersenyum bila mana dia sedar Auda memerhati. Namun senyum itu palsu. Gadis itu menyalahkan diri atas kesalahan orang lain. Itulah Nazla yang dia kenal. Gadis itu berhati lembut sebenarnya. Biar dikasari namun biar dia nampak tegas di luar hatinya tak pernah sanggup melukai yang lain.

No comments:

Post a Comment