Sunday, June 20, 2010

Aara kembali

-Nana, anak abah ok?

Terkejut dengan sapaan abah. Entah bila abah di situ. Sedar abah sudah ditepinya.

-Nana ok. Sedih jer.

Wajahnya mula keruh.

-Angah dah cerita pada abah. Abah tahu anak abah tabah orangnya. Di sebalik ni mungkin ada hikmah. Dan alhamdulillah jodoh anak abah bukan pada orang yang buat anak abah sedih.

Pengakuan abah membuatkan Nazla gagal mengawal diri. Abah dipeluknya erat. Air mata terlalu murah bagi gadis yang bernama Nazla. Dia gadis kecil abah, selamanya.
*****

Hazril bergegas ke hospital selepas menjawab panggilan. Kakinya kelam kabut melangkah ke CCU room.

Aara telah sedar, itu kata bapa mertuanya tadi. Hatinya syukur tetapi tetap risau. Segala persoalan bermain di jiwa. Jiwa meruntun ingin melihat Aara.

-Assalamualaikum

Tangan ibu dan bapa mertuanya di salam. Ibu mertuanya masih sinis. Dia faham. Itu semua terjadi atas silap dirinya. Aara masih kelihatan lemah. Masih lena.

-Dia baru jer tidur Ril, syukur dia masih ingat. Pergilah jumpa Dr Henry di tingkat 2.

-Terima kasih ayah, Ril jumpa Dr Henry dulu ya.
*****

-How's my wife doc?.

-She is giving us positive sign in recovery process. But i still cant confirm anything yet, there is a lot of test that we need to do on her. Monitor her recovery process and still need to check whether is there any impact from the accident. So far she is doing well at this time being.

-Alhamdulillah......Ya Allah terima kasih.

Satu keluhan lega dilepaskan. Hazril tersenyum. Hati sedikit lapang.

-Thanks doc. Thank You very much.

Hazril akan menunggu Aara hari ini. Dia ingin melihat Aara membuka mata didepannya.
Ayah dan ibu telah pulang. Hazril memegang tangan Aara. Tangan itu sedikit dingin. di urut perlahan. Doanya agar Aara tahu dia di situ.

Entah bila dia tertidur di situ. Jejarinya masih di tangan Aara. Tiba-terasa terasa tangan Aara bergerak. Hazril bingkas bangun.

-Sayang....

Aara masih lagi tersangat lemah.

-Abang.....Aara rasa dahaga.

Dengan perlahan Hazril menyuapkan air dengan straw. Setelah itu ubun-ubun Aara diusapnya. Penuh kasih. Seperti dulu, ketika mula dia bernikah dengan Aara. Hatinya sayu tiba-tiba. Dia rasa sangat bersalah pada Aara. Ubun-ubun Aara dicium. Air mata lelakinya tumpah.

-Maafkan abang, abang yang bersalah pada sayang.

Aara hanya memandang sayu. Dia juga sedih, namun entah air matanya kering. Dia hanya membisu. Dia sedar cinta Hazril sudah beralih arah, mungkin tidak semua. Namun kini kasihnya sudah ada pada Nazla. Gadis yang selama ini dituduh menganggu rumah tangganya dan Hazril. Hakikatnya pedih, pemusnah itu bukan Nazla, tapi orang yang disayanginya, Hazril. Insan yang dia pilih untuk menemaninya.

-Abang, mana Kamil?.

Hazril terkesima. Di mana Aara tahu anak mereka bernama Kamil. Sedangkan selama ini dia koma.

-Esok abang bawa Kamil ke sini.Lagipun besok sayang tak perlu lagi tinggal di wad ini.

-Terima kasih. Aara penat. Nak tidur. Pergilah balik dulu.

-Tidurlah. Biar abang tunggu sayang.

Aara melelapkan matanya. Hazril membisu. Tangan Aara digenggamnya erat. Betapa Aara melayannya baik. Isterinya masih belum tahu. Itu sangkanya. sedang hakikat, Tuhan itu Maha Besar. Semasa koma, semua tembelang Hazril sudah pecah. Dan Aara bukan menetahuinya dari orang lain. Itu kurnia buat Aara. Yang tahu hanya Aara dan Allah.

No comments:

Post a Comment