Saturday, April 10, 2010

Engkau lukai aku....


Terasa ingin menjerit. Terasa ingin menampar lelaki itu. Namun tiada apa yang mampu di lakukan saat ini. Malah untuk membuka mata pun dia sudah tak mampu. Tanpa sedar ada air mata yang mengalir. Dia hilang segala deria atas dosa Hazril, suaminya.

"Berhenti! Aku benci semua ratapan palsu ini!!!"

Jeritan bergema, hampir memecahkan dada. Dadanya berombak deras. Namun wajah dan tubuh kaku. Akhirnya hanya air mata yang hadir. Makin deras. Menangis kerana hanya itu yang dia ada sekarang. Betapa segalanya hilang sekelip mata. Dia mangsa atas kesilapan Hazril. Dan kini dia tidak mampu untuk menyentuh darah dagingnya. Hibanya hati. Betapa dia ingin memeluk dan mencium anaknya. Malah sampai sekarang dia masih belum melihatnya.

Comelkah dia?. Adakah hidung dan mulutnya seperti mamanya?. Di mana tanda lahirnya....fikirannya sarat dengan segala persoalan. Kamil Adhan, sabar sayang. Mama akan bangun...tapi bila?....

Hazril terbangun bila terasa ada air di tangannya. Dia segera membuka mata. Ada air mata di tubing mata Aara.

"Sayang, bangun!!!"


Kelam kabut menggoncang lengan Aara. Tiada sebarang gerak balas. Wajah dan tubuhnya kaku. Yang ada hanya dada yang berombak ganas.

"Dont touch me! I hates you!!!"

Yang ada hanya benci yang amat. Hatinya sebak. Hatinya sakit.

Hazril segera menekan butang kecemasan di hujung katil. Tak lama kemudia Dr Henry masuk bersama dua orang jururawat. Segera dia melakukan pemeriksaan keatas Aara. Selepas di suntik nafas Aara kelihatan tenang. Mungkin dia tidur. Entah, dia sendiri tidak pasti.

Hazril terus mengikut Dr Henry kebiliknya.

"Doc, any updates on my wife?".

Soalan terus diajukan sebaik Dr Henry duduk.

"That is the positive sign, at least we know that she can still hear you, did you talk anything to her just now?"



"Yes, just let her know about her son.."

"Hmmm...ok, i hope that you can always talk to her, eventhough she comma, she can still hear you. Just that try not to remind her the bad memories of her. It will help her to recover "
"ok ..noted about that doc...."


Beberapa persoalan diajukan pada Dr Henry. Dia benar-benar risau keadaan Aara. Hatinya gundah yang teramat.


"Sayang, bangunlah....Doktor cakap sayang dapat dengar apa yang abang kata...Abang tahu abang bersalah, abang hanya mahu sayang bangun. Apa pun keputusan sayang selepas ini, abang terima".

Tangan Aara dielus dan di ciumnya.Wajahnya kusut dan sedih.

Aara tersenyum sinis di sudut bilik. Dengan jelas dia dapat melihat tubuhnya kaku di katil. Pelbagai mesin yang dia sendiri tak pernah tahu fungsinya di situ. Hazril kelihatan sangat tidak terurus. Tangannya cuba menyentuh tubuhnya. Dia tidak mampu. Dia cuba menjerit. Hazril masih lagi mengelus tangan Aara. Aara mula sedar, Hazril tidak mampu melihatnya mahupun mendengarnya.


"Ya Allah, apakah ini tandanya aku akan kembali padaMu?...Ya Allah, ku pohon padaMU Engkau berilah aku peluang untuk menyentuh Kamil Adhan, biar hanya sekali sebelum aku pulang kepadaMU...."
Rintih Aara.

Aara berjalan kepintu wad. Tubuhnya menebusi pintu kayu. Dia mencari arah ke bilik bayi. Dia tersenyum bila mata tertancap pada seorang bayi lelaki yang berbaju biru di sudut bilik. Itu Kamil Adhan. Tubuhnya kecil. Kelihatan tidurnya tidak tenang. Aara berdiri di sebelah Kamil Adhan. Pipi Kamil Adhan disentuhnya, bayi itu tersenyum.

" Ya Allah! Adakah dia mendengar aku?"


"Kamil Adhan, mama datang sayang...."

Kamil Adhan tersenyum, mesra. Tubuh itu dielus perlahan. Terasa hangatnya tubuh itu. Aara tersenyum gembira. Dia mampu menyentuh anaknya. Syukur tak terkira.
Tubuh itu dielus dan diciumnya berulang kali. Kamil Adhan tertidur, dengan senyuman dibibir.
"Ya Allah....terima kasih atas kurniaMU"

No comments:

Post a Comment