Saturday, November 13, 2010

Zairy : Where should i start with?....

-Naz, kita nikah?

Gelas yang berisi oren terlepas dari genggaman Nazla. Ayat dari Zairy benar-benar buatkan dia terkejut. Sejak dari keluar dari hospital hubungan Nazla dan Zairy makin rapat. Dia rasa senang dengan lelaki itu. Zairy juga begitu rapat dengan keluarganya.

-Naz...can u hear me?...will u?

Entah bila Zairy sudah dekat dengan wajahnya. Mata Zairy tepat menikam matanya. Hatinya telah ada cinta untuk Zairy. Ketulusan lelaki itu telah menambat hatinya. Benar! sayang itu telah tumbuh segar di jiwa.

-Nazla Aliaa...will u become my wife sayang?.

Wajahnya merona merah. Tanpa sedar dia mengangguk. Bagai terpukau dek pesona mata coklat Zairy.

-Thanks sayang.

Tangan Nazla diciumnya.

-I'll talk to your abah and mama. owh...can't wait to have you sayang! Yesss!!!

Zairy tersenyum manis. Hatinya berbunga. Nazla juga tersenyum melihat aksi Zairy yang kegembiraan.

Jelaslah jodoh mereka itu kuat. Hasrat murni itu mendapat restu semua keluarga terdekat. Semua keluarga menyenangi ketulusan Zairy. Mereka berhasrat mempercepatkan majlisnya. Majlis pertunangan akan diadakan sebelum majlis nikah. Ini permintaan dari kedua belah keluarga. Tarikh telah dipersetujui. Hanya 3 bulan sahaja lagi.
Zairy dan Nazla begitu sibuk. Berkejar ke sana sini menyiapkan barang-barang untuk majis mereka. Biar perancang perkahwinan telah dilantik. Mereka perlu juga memastikan semuanya bagai yang dirancang.

Perkahwinan mereka berjalan dengan meriah. Dengan restu semua ahli keluarga. Nazla telah sah menjadi isteri Zairy. Nazla juga dikejutkan dengan hadiah yang tidak dijangka. Zairy telah membina sebuah rumah untuknya. Banglo 2 tingkat yang berciri tradisional. Lengkap dengan kolam ikan didepan rumah. Lanskap tropikanya memang mengkagumkan. Nazla benar-benar tidak menyangka yang Zairy merealisasikan impiannya. Rupanya dalam diam dia merancang kejutan itu dengan abah dan mama.

Namun, gembira itu tidak lama. Kesihatan Nazla makin buruk. Tanpa disangka, ada tumor tumbuh dibekas pembedahan. Nazla terduga lagi. Berita buruk itu hadir hanya selepas dua minggu dia disahkan mengandung.

-Abang,....Naz mahu anak ini...

Wajahnya kosong. Tangan Zairy digenggamnya erat. Ada getar. Namun wajah itu bagai tiada riak. Kata-kata doktor tadi membuatkan tubuhnya rasa melayang entah kemana. Zairy hilang kata. Memilih bayi itu bermakna dia akan meletakkan nyawa Nazla dalam bahaya. Zairy hanya membisu. Tangannya kuat mengenggam tangan Nazla. Tiada air mata di mata Nazla. Wajahnya kosong. Wajah itu makin merisaukan Zairy. Dia tahu Nazla masih terkejut. Nazla sedih.

Ketika mereka keluar dari bilik Dr Herman, Nazla melangkah lemah. Zairy juga begitu namun dia perlu kuat untuk Nazla.

-Abang...Naz rasa letih....

Habis sahaja ayat itu tubuh Nazla longlai. Mujur Zairy sempat menyambar tubuh Nazla. Badannya panas dan pucat.

Tubuh Nazla dipeluknya. Nazla pengsan. Zairy memeluk isterinya erat. Ada airmata ditubir matanya. Mujur ada beberapa jururawat disitu. Mereka bertindak cekap membantu Zairy dan Nazla. Nazla telah dipindahkan ke wad. Zairy hanya mengenggam tangan Nazla. Keadaan ini benar-benar sukar. Dia buntu. Keluarga telah diberitahu tentang Nazla, tetapi dia masih tidak tahu bagaimana ingin memberitahu tentang apa yang diberitahu Dr Herman.