Saturday, April 24, 2010

Makin terungkai...


Gadis itu memandu kereta dgn perlahan. Dia masih lagi sibuk menyapu air mata. Hanya sendu menemani perjalanan. Mata Aara tertumpu pada dream cathcher di kereta Nazla. Sama seperti yang dibeli oleh suaminya, Hazril. Malah ia sepasang dengan yang tergantung di kereta Hazril. Satu lagi katanya ingin diberi pada kawan baiknya Jerry. Dia rasa marah lagi.

-Sabar Aara, carilah kebenaran dulu.

Bisikan itu membuatkan Aara sedikit tenang. Nazla berhenti di hadapan rumah yang berwarna merah jambu. Di hadapan rumah penuh dgn pepohon mawar. Bunganya sedang berkembang. Sungguh comel. Nazla menyambung tangis di sofa. Hingga akhirnya dia tertidur. Aara terus meneliti setiap genap ruang rumah itu. Dekorasinya simple. Perabut yang minimum. Kemas dan comel. Dia ke bilik utama rumah.

Mata terpandang pada sekeping gambar di sebelah komputer. Seorang lelaki sedang memeluk mesra Nazla. Lelaki itu suaminya Hazril. Terasa ingin melempar bingkai itu namun dia tak mampu untuk berbuat apa-apa. Hanya rasa marah yang menghimpit dada.
Beberapa keping gambar berselerak di atas meja komputer. Gambar beramai-ramai, kelihatan seperti di pejabat. Namun disetiap gambar yang ada, dia perasan akan kewujudan Nazla dan Hazril. Jelas kelihatan mereka pasangan yang bahagia.

-Lelaki itu suamiku!.

Aara mula keliru dengan perasaannya sendiri, mana mungkin semua gambar itu menipunya. Sudah tiga tahun lebih dia berkahwin dgn Hazril. Hazril sendiri baru setahun setengah bekerja di situ.

Bunyi telefon tiba-tiba mengejutkan Aara. Dia terus menuju ke arah Nazla.
Selepas menjawab telefon, Nazla menuju ke pintu.

"Assalamualaikum,"

Terlihat seorang lelaki, perempuan dan seorang gadis perempuan kecil yang tembam sedang berdiri di depan pintu.

"Walaikumussalam. Masuklah..."

Mereka bersalaman, Nazla mendakap lelaki itu dgn erat. Dia menangis lagi.

"Sabarlah...."

"Achik....janganlah nangis....biar Nuni pukul orang yang marah Achik. Abah jangan marah Achik tau....".

Sikecil cuba memujuk.

"Yang, tolong ambilkan air sikit".

Si lelaki masih memujuk. Betapa terserlahnya kasih sayang antara mereka.

"Achik balik rumah abang yer?, lagipun Achik cuti lagi kan?."

Pujuk si abang. Nazla hanya mengangguk. lama begitu hanya setelah tangisnya reda, barulah dia melepaskan si abang.

"Achik nak mandi sekejap dan kemas barang, sekejap jer."

Si kakak mengikut Nazla.

"Biar kakak tolong Naz, abang tengokkan Nuni kejap yer."

Nazla hanya membisu. Setelah mandi dia bersiap memasukkan baju kedalam beg. Ketika mengambil laptop, matanya tertancap pada kepingan gambar diatas meja. Tangannya rakus melempar semuanya ke dalam tong sampah. Kakak iparnya hanya memandang sepi. Dia tahu Nazla benar-benar dilukai. Tidak pernah terduga Hazril sanggup melukai adik iparnya.
Setelah itu Nazla terduduk di tepi katil. Dia menangis lagi. Kakak iparnya memeluk sambil memujuk. Tangisan yang tersangat sayu. Lama juga begitu.

Mereka bergerak menuju ke bandar Kulai. Sampai saja dirumah abang dan kakaknya menyuruh dia berehat di bilik. Hanya anggukan sebagai balasan. Setelah Nazla menutup pintu. Abang dan kakaknya berbual di ruang tamu.

"Abang, Umi risau tgk Naz mcm tu, selalunya dia tak pernah sediam itu, Umi betul-betul risaukan dia. Perlu kita bagitau pada umi dan bah tak?"

Si suami memeluk isterinya yang duduk disebelah.

"Abang pun sayang. Adik abang tu tak pernah bisu mcm nie. Hmmm...nantilah, kita biar dia tenang sikit. Abang percaya Naz tabah orangnya. Dia dah besar yang, lagipun dugaan dulu lagi hebat dari ini."

Umi kelihatan sedikit lega mendengar kata-kata suaminya.

"Kesian Naz abang, si Hazril tu memang melampau. Yang menjadi mangsa isteri dia dan Nazla. Geram betul rasa hati nie"

"Tu la...abang memang rasa nak pukul jer, tapi bila ingatkan Nazla, tak sanggup abang nak tambah luka kat hati dia. "

Aara semakin resah mendengar perbualan mereka. Kelihatan Nuni sedang sibuk melayan kucingnya. Sungguh comel si tembam tu. Aara mula menuju ke bilik Aara. Aara baru selesai menunaikan solat Asar. Gadis itu sedang membaca Surah Yasin. Bacaannya lancar, namun kekadang tersangkut-sangkut dek sendu. Sayu sungguh mendengar bacaan itu dialunkan Nazla. Selesai bacaan gadis itu membaca doa Yasin. Sungguh dia terharu mendengar bacaan gadis itu. Dia kelihatan moden dari segi luarannya. Namun bacaannya jelas menggambarkan gadis ini bukan sebarang gadis, ilmu agamanya tak kuranga hebatnya.

Entah bila Nuni masuk kebilik itu. Sedang Nazla sibuk melipat telekungnya, si kecil memeluk dari belakang.

"Hmmmm...sayangnya Achik ni! Achik sayang Nuni tak?"

"Mestilah sayang...tapi Achik sayang Nuni banyak sikit jer"

Pipi si kecil dicubitnya mesra.

"Alaaaa....sayang Nuni banyak-banyak la...Nunikan kecik lagi, Achik dah besar, Achik kena sayang Nuni banyak-banyak!"

Si kecil mula merajuk.

"Ok la....Achik sayang banyak-banyak la mcm tu...Ok?"

Dia lantas memeluk Nuni. Diciumnya sikecil itu. Sungguh manja.

"Achik, mama panggil Achik minum, jom..."

Belum sempat menjawab Nuni menarik tangan Nazla keluar dari bilik. Sedang Aara sibuk membontoti mereka, tiba-tiba dia terasa nafasnya sesak. Entah bila dia telah kkembali ke wad. Kelihatan Dr Henry sedang sibuk menyuntik lengannya. Dua orang jururawat sedang sibuk membantu. Kelihatan dadanya berombak kencang. Bacaan di mesin penyambung hayat kelihatan sedikit kelam kabut. Agak lama jugak, namun kemudian nafasnya mula tenang. barulah Dr Henry keluar dari bilik itu.

Aara turut keluar dari wad. Kelihatan Hazril sedang resah diluar wad. Aara dudk di kerusi di sebelah Hazril. Matanya tidak lepas memandang lelaki itu. Hanya bila Dr Henry memberitahu Aara telah stabil barulah dia kelihatan sedikit lega. Tangannya diraup kewajah sambil mengucapkan syukur Alhamdulillah.


"Hai sayang!"

Tegur seorang gadis yang sangat sexy. Bermini skirt bersama shirt sendat jarang tanpa lengan yang berwarna kuning cair.

"Fida?"

Hazril kelihatan terkejut. Gadis itu tanpa silu terus memeluk lengan Hazril. Hazril kelihatan sedang cuba melepaskan diri dari pelukan gadis itu.

"What's wrong?...selalu u yang melebih?.."

Fida sedikit marah dengan tindakan Hazril.

"Please there is nothing between us!. Why u are here?"

Muka Hazril mula menyinga.

"Bull shit! Nothing? selepas you dah tidur dengan i then you said nothing between us?. You memang jenis lelaki tak guna!!!. Now you try to show yang you sayang your wife?. hahahahaha...you memang kelakar la Ril! Kalau your wife tak accident, no one will know you ni ada isteri kan?...you memang hebat!"

Fida memuntahkan amarahnya bersama tawa yang tersangat sinis.

"Padan dengan muka you! puas hati you kan?. Your wife entah boleh bangun ker tak?. Kalau boleh bangun pun i takut dia akan mati terkejut dengar kecurangan you. Hahahahahaha....by the way i pun tak ingin dengan you! You are loser, u tak layak untuk disayangi sebab you tak pernah appreciate orang yang sayangkan you!"

Fida terus meninggalkan Hazril setelah meluah rasa amarahnya. Wajahnya kelihatan puas setelah memuntahkan bungkam dihati.

Dan Hazril terkedu menerima seranah Fida. Dia tertunduk lesu di kerusi menunggu. Wajahnya kosong. Beberapa jururawat yang lalu disitu berbisik sesama sendiri. Mereka sempat menonton sebuah drama kecurangan seorang suami bernama Hazril!.

Saturday, April 17, 2010

Dia Nazla...


Mata tertancap pada seorang gadis yang masuk ke biliknya. Gadis itu tersangat simple. Memakai dress maroon. Dia gadis yang comel. Wajahnya murung. Dia duduk di kerusi sebelah katil Aara. Tangannya mengelus jari Aara. Sesekali dia menyeka air matanya. Lama dia begitu. Aara tak pernah kenal siapa gadis itu. Hadirnya mengundang seribu pertanyaan. Lama dia memerhati perlakuan si gadis. Kenapa mesti dia menangis?.

Hanya sendu yang kedengaran. Tak lama selepas itu si gadis keluar. Aara mengikut langkah si gadis. Kakinya menuju ke wad bayi. Seorang jururawat lalu di situ.

"Hi Nazla, awal hari ini?.." sapa jururawat yang bernama Ramlah.
"Kamil Adhan masih lelap tidur. Nak pegang dia?.

"Tak per la biar dia tidur, "
Si gadis sesekali mengelap air mata yang masih luruh. Ramlah segera memeluk gadis itu.

"Sabarlah Nazla, akak faham. Suatu hari semua orang akan tahu kebenarannya."

Aara mula terasa marah. Itu Nazla! perempuan yang dicarinya selama ini. Dia lah perempuan simpanan Hazril. Nazla masih menangis dalam pelukan Ramlah. Kenapa perlu menangis, sepatutnya dia ketawa kerana langkahnya untuk mendapat Hazril makin mudah. Terlalu banyak drama. Tiada apa yang diluahkan oleh Nazla. Dia hanya beredar setelah sendunya terkawal. hanya ucapan terima kasih pada Ramlah.

Aara kembali menatap wajah Kamil Adhan. Dia masih lena.

"Eiii...Ram...comelkan cik Nazla tu?"
Tegur jururawat ysng bernama julia.
"Ha ahhh, tapi kesian dia. semua org salahkan dia, sedangkan dia pun mangsa keadaan. hmmm"

"Kenapa ya? Cerita la, apa sebenarnya. Aku selalu tengok dia melawat Cik Aara. Dan setiap kali dia datang aku tengok dia menangis."

"Hmmm....aku sendiri tak tahu nak komen mcm mana Jue. Nazla tu adik kwn aku. Aku kenal keluarga dia. Dia sendiri tak pernah tahu Hazril tu dah berkahwin. Sekarang si Hazril, tuduh Nazla yang langgar Aara. Nazla sendiri sanggup mengundur diri. Dia dipersalahkan oleh keluarga Aara. Padahal semuanya bermula dari Hazril. Bukan Nazla yang melanggar Aara. Orang yang langgar tu Idham, anak datuk Azlan. Aku baru tahu dia tu ex Nazla. Nazla putuskan hubungan sebab dia scandal dgn kwn baik Nazla. Dia nak balas dendam pada Nazla. Biar Nazla rasa bersalah."

"Hhmmmmm....pening aku dgr cerita engkau nie, Ram. Kejap, aku nak gi jumpa Dr Mohan. Nak hantar dokumen kat dia"

Aara hanya membisu. Mungkin aku patut ambil kesempatan ini untuk mencari kebenaran. Dia berjalan ke luar hospital. Mata tertancap pada Nazla yang masih menangis didalam kereta.

"Kamil, maafkan Chik Naz...."

Aara terasa sayu, namun tuluskah air mata itu???.

Saturday, April 10, 2010

Engkau lukai aku....


Terasa ingin menjerit. Terasa ingin menampar lelaki itu. Namun tiada apa yang mampu di lakukan saat ini. Malah untuk membuka mata pun dia sudah tak mampu. Tanpa sedar ada air mata yang mengalir. Dia hilang segala deria atas dosa Hazril, suaminya.

"Berhenti! Aku benci semua ratapan palsu ini!!!"

Jeritan bergema, hampir memecahkan dada. Dadanya berombak deras. Namun wajah dan tubuh kaku. Akhirnya hanya air mata yang hadir. Makin deras. Menangis kerana hanya itu yang dia ada sekarang. Betapa segalanya hilang sekelip mata. Dia mangsa atas kesilapan Hazril. Dan kini dia tidak mampu untuk menyentuh darah dagingnya. Hibanya hati. Betapa dia ingin memeluk dan mencium anaknya. Malah sampai sekarang dia masih belum melihatnya.

Comelkah dia?. Adakah hidung dan mulutnya seperti mamanya?. Di mana tanda lahirnya....fikirannya sarat dengan segala persoalan. Kamil Adhan, sabar sayang. Mama akan bangun...tapi bila?....

Hazril terbangun bila terasa ada air di tangannya. Dia segera membuka mata. Ada air mata di tubing mata Aara.

"Sayang, bangun!!!"


Kelam kabut menggoncang lengan Aara. Tiada sebarang gerak balas. Wajah dan tubuhnya kaku. Yang ada hanya dada yang berombak ganas.

"Dont touch me! I hates you!!!"

Yang ada hanya benci yang amat. Hatinya sebak. Hatinya sakit.

Hazril segera menekan butang kecemasan di hujung katil. Tak lama kemudia Dr Henry masuk bersama dua orang jururawat. Segera dia melakukan pemeriksaan keatas Aara. Selepas di suntik nafas Aara kelihatan tenang. Mungkin dia tidur. Entah, dia sendiri tidak pasti.

Hazril terus mengikut Dr Henry kebiliknya.

"Doc, any updates on my wife?".

Soalan terus diajukan sebaik Dr Henry duduk.

"That is the positive sign, at least we know that she can still hear you, did you talk anything to her just now?"



"Yes, just let her know about her son.."

"Hmmm...ok, i hope that you can always talk to her, eventhough she comma, she can still hear you. Just that try not to remind her the bad memories of her. It will help her to recover "
"ok ..noted about that doc...."


Beberapa persoalan diajukan pada Dr Henry. Dia benar-benar risau keadaan Aara. Hatinya gundah yang teramat.


"Sayang, bangunlah....Doktor cakap sayang dapat dengar apa yang abang kata...Abang tahu abang bersalah, abang hanya mahu sayang bangun. Apa pun keputusan sayang selepas ini, abang terima".

Tangan Aara dielus dan di ciumnya.Wajahnya kusut dan sedih.

Aara tersenyum sinis di sudut bilik. Dengan jelas dia dapat melihat tubuhnya kaku di katil. Pelbagai mesin yang dia sendiri tak pernah tahu fungsinya di situ. Hazril kelihatan sangat tidak terurus. Tangannya cuba menyentuh tubuhnya. Dia tidak mampu. Dia cuba menjerit. Hazril masih lagi mengelus tangan Aara. Aara mula sedar, Hazril tidak mampu melihatnya mahupun mendengarnya.


"Ya Allah, apakah ini tandanya aku akan kembali padaMu?...Ya Allah, ku pohon padaMU Engkau berilah aku peluang untuk menyentuh Kamil Adhan, biar hanya sekali sebelum aku pulang kepadaMU...."
Rintih Aara.

Aara berjalan kepintu wad. Tubuhnya menebusi pintu kayu. Dia mencari arah ke bilik bayi. Dia tersenyum bila mata tertancap pada seorang bayi lelaki yang berbaju biru di sudut bilik. Itu Kamil Adhan. Tubuhnya kecil. Kelihatan tidurnya tidak tenang. Aara berdiri di sebelah Kamil Adhan. Pipi Kamil Adhan disentuhnya, bayi itu tersenyum.

" Ya Allah! Adakah dia mendengar aku?"


"Kamil Adhan, mama datang sayang...."

Kamil Adhan tersenyum, mesra. Tubuh itu dielus perlahan. Terasa hangatnya tubuh itu. Aara tersenyum gembira. Dia mampu menyentuh anaknya. Syukur tak terkira.
Tubuh itu dielus dan diciumnya berulang kali. Kamil Adhan tertidur, dengan senyuman dibibir.
"Ya Allah....terima kasih atas kurniaMU"